Hasil sesi libat urus bersama persatuan, koperasi beri imput berharga kepada kementerian: Ewon

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, hasil perbincangan sesi libat urus bersama persatuan dan koperasi memberikan input berharga kepada pihak kementerian.

Advertisements

Beliau berkata, ia juga amat penting bagi memastikan pembangunan usahawan dilaksanakan secara berterusan serta memberi impak lebih besar kepada pembangunan ekonomi negara.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa berusaha menyokong pertumbuhan sektor ekonomi, terutamanya dengan memperkasakan agenda transformasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memacu pembangunan Malaysia yang mampan dan progresif sejajar visi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) bagi menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Menteri Bersama Persatuan dan Koperasi Peringkat Negeri Sabah, di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, hari ini.

Ewon berkata, inisiatif KUSKOP menganjurkan Sesi Libat Urus itu adalah sebagai platform kepada persatuan perniagaan, usahawan dan koperasi untuk memberikan pandangan, input dan maklum balas serta menyalurkan hasrat golongan persatuan dan koperasi kepada kerajaan.

“Ini bagi membolehkan kami menyusun serta merangka program keusahawanan memenuhi keperluan usahawan dan koperasi secara lebih holistik.

“Melalui input daripada pelaksanaan program ini, ianya diharap dapat membantu Kerajaan terus memperkasa dan menghasilkan usahawan berdaya saing di pasaran tempatan dan global sejajar dengan DKN 2030 ke arah peningkatan KDNK Negara,” katanya.

Ewon berkata, usaha ini juga selaras dengan Pelan Strategik KUSKOP bagi tahun 2023 bertemakan “Berdaya Maju, Transformatif dan Responsif’.

Katanya, tiga objektif utama Pelan Strategik KUSKOP adalah, menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menyokong dan memacu pemulihan, pertumbuhan dan kestabilan sektor keusahawanan negara serta mempertingkat daya tahan dan daya saing usahawan pasca pandemic.

Selain itu katanya, ia juga bertujuan untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan keusahawanan yang fasilitatif dan efektif.

“Saya yakin, pendekatan yang dirangka di bawah halatuju strategik ini akan melahirkan usahawan yang lebih cekal, berdaya maju, proaktif, kompetitif dan inovatif serta berupaya menampan situasi di luar jangkaan pada masa hadapan,” katanya.

Pada sesi libat urus itu, tujuh kluster Pembiayaan; Francais/ Halal & Pensijilan / Pembangunan Produk;
Digital ekonomi/Keusahawanan Sosial; Latihan/ Pembangunan Kapasiti; Akses Pasaran; Fasilitasi Perniagaan bagi Penjaja/Peniaga kecil dan Pembangunan Koperasi. Setiap kluster dianggotai pegawai-pegawai daripada KUSKOP dan pelbagai wakil Agensi Kerajaan.

Turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha KUSKOP Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah (MID) Datuk Thomas Logijin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP Datuk Haji Zamri Salleh dan Timbalan Setiausaha Tetap 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) Aftar Nurajat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles