Mesyuarat AMT GRS 9 Dis kekalkan Hajiji Pengerusi GRS

Kenyataan Media Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

Advertisements

KOTA KINABALU: Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee 17 Disember 2022, saya selaku Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mempengerusikan satu Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS pada 9 Disember 2022.

Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk:

(a) Mengekalkan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai Pengerusi GRS.

(b) Menggugurkan keanggotaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Ahli Badan Gabungan dalam GRS.

(c) Menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan pembangunan tanah air.

Oleh itu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee ataupun partinya tidak ada hubungan dengan Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan yang prinsip dan matlamatnya telah ditolak oleh parti beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles