Oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Naib Presiden BERSATU, Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Sabah merangkap Ketua Badan Pimpinan Neger BERSATU Sabah
KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah parti pengasas Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Menurut Fasal 6.1 (ii) Perlembagaan GRS, BERSATU merupakan ahli yang sah Badan Gabungan itu.
Selaku Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, saya memaklumkan bahawa
BERSATU sebagai ahli Badan Gabungan GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan yang memutuskan supaya GRS memasuki perianjian persefahaman dengan gabungan-gabungan parti lain untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Pakatan Harapan (PH).
Saya menegaskan bahawa Datuk Seri Panglima Haji Hajji bin Nor yang dilantik sebagai Pengerusi GRS atas kapasiti bellau sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah sebelum ini, tidak lagi mempunyai keabsahan untuk kekal sebagai Pengerusi GRS oleh kerana tindakan beliau keluar dari BERSATU.
Oleh itu, keahlian beliau dalam GRS kini hanyalah sebagai ahli individu dan kedudukan beliau sebagai Pengersi GRS hendaklah diputuskan semula ole Majlis Tertinggi GRS.
Berikutan ini, perjanjian persefahaman gabung an parti-parti politik menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan PH yang ditandatangani ole Datuk Seri Panglima Haji Hajji bin Nor sebagai Pengerusi GRS semalam tidak sah dan tidak mewakili aspirasi BERSATU melalui GRS.