Kerajaan Negeri komited tingkatkan kemudahan infrastruktur di luar bandar

KUNDASANG: Kerajaan Sabah terus komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata demikian ketika merasmikan mini Dewan Kampung Semuroh, di sini dalam upacara yang diadakan sempena Majlis Hari Keluarga di kampung tersebut, kelmarin.

Kerajaan cuba terus membantu setiap kampung dan melaksanakan pembangunan mengikut keutamaan dan keperluan setempat.

Dr. Joachim mengucapkan tahniah kepada penduduk Semuroh kerana sudah mempunyai mini dewan dan menggunakan dewan ini sebaik-baiknya.

“Penduduk kampung boleh menggunakan dewan ini sebaik-baiknya, aktiviti-aktiviti kampung boleh diadakan di dewan ini,” kata Dr. Joachim.

Beliau turut memuji penduduk kampung di sini yang mengadakan hari keluarga yang dianjurkan setiap tahun.

“Inilah yang kita mau, setiap kampung mempunyai aktiviti seperti ini yang menggambarkan perpaduan sesama penduduk dengan pengisian pelbagai aktiviti secara tidak langsung dapat berbincang mengenai hal-hal kampung.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Perindustrian, Yubidi Gumpoyo; Penyelia Masyarakat, Japili Madi; Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Ketua Anak Negeri (KAN) dan juga Ketua Kampung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles