KOTA KINABALU: Pensyarah Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Justin Sentian menjadi penyelidik pertama Malaysia yang akan mengadakan kajian di Antartika pada musim sejuk bermula April 2023.
Beliau menerima One-off Overwinter Research Grant 2022 bernilai RM149,360 sempena sambutan ulang tahun ke-10 Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), baru-baru ini.
Menurut kenyataan YPASM, Justin akan mengadakan kajian untuk terus memahami proses perubahan iklim bertajuk āTropospheric Ozone and Halocarbons Variations in the Antarctic Peninsula Under Extreme Weather Conditionsā.
āPenyelidikan itu diadakan dengan kerjasama organisasi Instituto Antartico Chileno dan negara Chile.
āProf. Madya Dr. Justin Sentian akan menjadi rakyat Malaysia pertama berkunjung dan tinggal di Antartika semasa musim sejuk untuk tempoh lima bulan bermula April 2023.
āYPASM juga berhasrat untuk merekodkan kejayaan ini dalam āMalaysia World Book Of Recordā setelah beliau pulang kelak,ā jelas kenyataan itu lagi yang dimuatnaik melalui facebook rasmi YPASM.
Hantaran tersebut turut memuatnaik bersama foto penyerahan baju overwinter yang disampaikan Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPASM, Datoā Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Justin.
