Beberapa jalan di Sandakan ditutup sementara sempena Sambutan Maulidur Rasul

SANDAKAN: Beberapa jalan di bandar Sandakan akan ditutup dan dilencong sementara sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri pada 9 Oktober ini.

Advertisements

Ketua Polis Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata bagi memastikan kelancarqn acara perarakan sambutan itu, lima jalan akan ditutup dan dilencongkan pada jam 7 pagi sehingga 8.30 pagi.

Menurutnya antara jalan yang terlibat dengan penutupan jalan dan lencongan itu ialah Jalan Sandakan-Ranau @ Jalan Leila (Lampu Isyarat Dewan Masyarakat Sandakan hingga Bulatan Harrison, Lebiuh Tiga (Bulatan Harrison hingga lampu isyarat Persimpangan Lebuh Tiga-Jalan Dua) dan Dua.

Turut ditutup dan dilencongkan ialah Jalan Pryer dan Jalan Coastal, katanya dalam satu kenyataan,

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di di tempat letak kenderaan sekitar Dewan Masyarakat Sandakan, Menara MPS, Sepanjang Jalan Coastal dan sekitar bandar Sandakan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sepanjang penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan.

Polis juga berharap semua pihak dapat memberi kerjasama serta mematuhi arahan petugas PDRM dan polis trafik bagi memastikan program ini berjalan lancar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles