KOTA BELUD: Berlatarbelakangkan suasana kampung dan aktiviti petani menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara terutama mereka yang “berangan-angan” mahu menikmati dan merasai sendiri kehidupan sebenar di desa.
Bak kata pepatah tak kenal maka tak
cinta, bagi pelancong atau pengunjung yang ingin bersantai sambil menikmati keindahan sawah padi — Peranauan Inn d’Sangkir adalah destinasi pilihan yang sesuai.
Peranauan Inn d’Sangkir merupakan antara tarikan eko-pelancongan yang semakin popular di Kota Belud.
Peranauan Inn d’Sangkir, Tempasuk terletak tidak jauh dari pekan Kota Belud yang terkenal dengan nama jolokan Pekan Cowboy.
Aktiviti kampung merupakan aktiviti utama apabila pelancong yang ingin merasai sendiri kehidupan sebagai petani di Peranauan Inn d’Sangkir.
Burung-burung hijrah pelbagai spesies dan aneka warna boleh juga dilihat di beberapa lokasi di Kg Sangkir, pada bulan tertentu menambah panorama indah alam yang mempesonakan.
Para peminat fotografi sering datang untuk mengambil gambar burung-burung dan juga pemandangan sawah padi.
Pengurus Peranauan Inn d’Sangkir Farah Dayana Dato Baharul berkata antara fasiliti yang terdapat di Peranauan Inn d’Sangkir ialah mini dewan yang sesuai untuk majlis perkahwinan atau acara kenduri, restoran dan bilik penginapan.
Katanya terdapat lebih 20 bilik penginapan yang ditawarkam kepada pengunjung pada harga serendah RM 125 hingga RM145 satu malam.
“Harga berbeza mengikut keluasan bilik dan kelengkapan yang terdapat dalam setiap bilik penginapan,” kata Farah Dayana.
Adalah satu kerugian sekiranya melancong ke Kota Belud jika tidak merasai masakan kampung.
Melalui Peranauan Inn d’Sangkir.
pelancong turut berpeluang menikmati masakan kampung termasuk kuih pinjaram.
Peranauan Inn d’Sangkir bukan sahaja ditawarkan kepada individu atau keluarga malah terbuka kepada mana mana organisasi yang mengadakan aktiviti
Bagi mereka yang ingin menempah atau ada pertanyaan boleh menghubungi atau WhatsApp — http://wasap.my/60103247783
Kota Belud terletak di Bahagian Pantai Utara, kira-kira 77 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Pada tahun 2010, jumlah penduduk daerah Kota Belud dianggarkan seramai 91,272, kebanyakannya berasal dari suku kaum terbesar iaitu Bajau, Dusun dan Irranun.
Terdapat juga minoriti kaum Cina, terutama daripada suku kaum Hakka.
0
Kota Belud turut menjadi latar belakang sebagai tempat melihat keindahan landskap Gunung Kinabalu – Gunung tertinggi di Asia Tenggara.