PBRS Komited Terhadap Tuntutan Pelaksanaan MA63

 

Oleh Dato’ Fredie Sua, Ketua Penerangan PBRS

Advertisements

KOTA KINABALU: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah perjanjian dan komitmen yang telah dipersetujui semua pihak semasa pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun1963.

MA63 adalah asas penubuhan negara dan sudah dipersetujui pemimpin
terdahulu.

Sebagai satu-satunya parti tempatan Sabah dalam gabungan Barisan Nasional, kami kekal komited untuk memastikan kedudukan Sabah terjamin dalam Persekutuan Malaysia.

In adalah antara perjuangan utama PBRS sejak ditubuhkan pada tahun1994,
Kerajaan pada dasarnya telah selangkah ke hadapan untuk menjamin MA63
ditunaikan.

Buktinya, kerajaan dibawah Barisan Nasional yang dipimpin ole YAB
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah berjaya meluluskan pindaan perlembagaan untuk
mengembalikan semula kedudukan Sabah dan Sarawak setaraf dengan
Semenanjung Malaysia.

Kejayaan ini merupakan langkah pertama dan signifikan dalam usaha untuk
meneruskan agenda menunaikan hak dan keistimewaan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam membentuk Persekutuan Malaysia seperti yang termaktub dalam MA63.

Justeru, PBS konsisten dan komited bahawa prinsip dan kandungan utama MA63 waiib dihormati dan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles