Integriti cerminan kredibiliti Pemimpin Masyarakat – Jahid

TAMPARULI: Pemimpin masyarakat dinasihati untuk mengamalkan sikap berhemah dan integriti tinggi dalam menjalankan tugasan.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, pemimpin masyarakat perlu menjaga kredibiliti, kejujuran, kemuliaan diri, dan mengekalkan kebolehpercayaan masyarakat terhadap mereka sebagai pemimpin.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kampung Topokon, di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, dekat sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO) Tamparuli, Jefferson Jonathan, Ketua Daerah Tamparuli, OKK Jular Harung, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Topokon, Mary Martin, dan para kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tamparuli.

“Bila kita telah diberi tanggungjawab, ingatlah bahawa itu merupakan satu amanah besar yang perlu dipikul,” katanya.

“Beri contoh kepada masyarakat, jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya, sambil menambah bahawa kemuliaan martabat institusi adat dan istiadat itu harus dijaga.

Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, berkata, tugas seorang Ketua Kampung selain menjaga keharmonian dan keamanan di kampung, adalah bagi memelihara dan menjalankan perkara berkaitan adat kampung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles