MUTIARA GRS bungkus kuih muih untuk pasukan keselamatan dan petugas kesihatan

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) Datin Seri Panglima HajahJuliah Salag, hari ini bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di negeri ini.
Sebanyak 288 bungkusan kuih muih itu, adalah sumbangan daripada MUTIARA GRS.
Naib Yang Dipertua III MUTIARA GRS yang juga Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda Ewit, berkata kuih muih itu akan diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan terutama mereka yang akan bertugas pada 1 Syawal ini.
“Sumbangan ini sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan serta petugas kesihatan.
“Kami berharap sumbangan ini akan dapat mengembirakan semua anggota pasukan keselamatan dan barisan hadapan sekali gus dapat merasai suasana raya walaupun bertugas pada musim perayaan,” katanya pada sesi Pembungkusan Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Anggota Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan di Rumah MUTIARA GRS di sini, pada Sabtu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dijadualkan akan menyerahkan sumbangan kuih muih Aidilfitri daripada pelbagai pihak antaranya jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Persatuan wanita dan badan bukan kerajaan (NGO), kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan pada 13 April ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles