ADSI tandatangan MoU bersama SOGDC bangun Gas Power Plant di SOGIP

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) dan ADSI Engineering Sdn.Bhd bagi membangun gas power plant di Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) sempena Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Advertisements

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut.

ADSI diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Mazlan Abu Bakar dan Pengarahnya, Ts.Johan Mohamad, sementara SOGDS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tuan Haji Kadar Haji Damsal dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Encik Benedict Bisoni selaku saksi.

Menurut Mazlan, ADSI akan membangunkan gas power plant berkapasiti 200MW di SOGIP, dengan kos bernilai lebih RM900 juta.

Katanya, projek itu untuk menyediakan penjanaan kuasa yang mampan kepada SOGIP dan industri petrokimia.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles