Jangan pilih-pilih isu di Dewan Rakyat, keadilan dan ketelusan mesti terpakai untuk semua – Jeffery Nor peringatkan RSN Rayner

Kenyataan Media Jeffery Nor Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Putatan

KOTA KINABALU: Saya mengambil maklum kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, yang membangkitkan semula isu 47 pertuduhan Yayasan Akalbudi melibatkan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ketika berbahas di Dewan Rakyat..

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan pengamal undang-undang, beliau seharusnya memahami bahawa setiap kes mempunyai proses perundangan yang mesti dihormati, termasuk keputusan Jabatan Peguam Negara pada 8 Januari 2026 untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap 47 pertuduhan tersebut selepas penelitian terhadap hasil siasatan lanjut dan keterangan baharu.

Keputusan tersebut merupakan perkembangan rasmi yang perlu diambil kira dalam sebarang perbahasan mengenai kes berkenaan..

Namun, apabila soal integriti, ketelusan dan keadilan dibangkitkan, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan yang juga wajar mendapat perhatian..

Bagaimana pula dengan kes Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) KWAP dan Myeg (bersama syarikat berkaitan Zetrix AI Bhd yang melibatkan kepentingan awam? Isu seperti ini yang perlu di bangkitkan.

Apakah penjelasan yang boleh diberikan kepada rakyat mengenai perkembangan isu tersebut, dan adakah semua persoalan berkaitan tadbir urus korporat telah mendapat jawapan yang sewajarnya?

Persoalan ini bukan bertujuan menghukum mana-mana individu sebelum proses undang-undang selesai, sebaliknya menegaskan bahawa prinsip ketelusan dan akauntabiliti mesti diterapkan secara konsisten.

Jika sesuatu isu melibatkan pemimpin UMNO boleh dibangkitkan secara terbuka di Dewan Rakyat, maka isu lain yang mendapat perhatian masyarakat juga wajar dibincangkan berdasarkan fakta dan prinsip yang sama..

Saya percaya RSN Rayer memahami perbezaan antara pertuduhan, siasatan, keputusan pendakwaan dan sabitan mahkamah..

Justeru, setiap kenyataan yang dibuat hendaklah mengambil kira keseluruhan perkembangan sesuatu kes agar masyarakat tidak dikelirukan dengan gambaran yang tidak lengkap..

UMNO Bahagian Putatan menghormati kebebasan Ahli Parlimen untuk bersuara dan membangkitkan persoalan berkaitan kepentingan awam..

Namun, kebebasan tersebut perlu disertai tanggungjawab untuk memastikan fakta yang dikemukakan tepat dan tidak menjejaskan prinsip seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya..

Keadilan tidak boleh mempunyai dua ukuran, satu untuk pihak yang tidak sehaluan dan satu lagi untuk pihak yang berada dalam lingkungan politik sendiri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles