Oleh Yussof J. Imbang
KOTA KINABALU; Penganjuran Sabah Motor Day (SMD) yang berjaya menarik puluhan ribu peminat motor dua roda di wilayah Borneo perlu penambahbaikann dan penganjur wajar menarapan nilai sivik.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Sabah, Datuk Masiung Banah, bersetuju dengan penganjuran sukan permotoran itu, tetapi wajar ditambah baik dari segi syarat dan dispilin.
Beliau optimis program itu boleh menjadi tarikan pelancong tapi wajar ditarafkan nilai sivik dan kebajikan termasuk program derma darah kepada peserta.
Selain itu katanya, Polis boleh menjalankan pemeriksaan air kancing secara rawak kepada peserta permotoran.
Menurutnya, program santai itu ternyata menarik minat orang ramai terutama warga belia yang meminati konvoi motosikal, namun pelbagai kritikan timbul terutama selepas penganjuran SMD di Kompleks Sukan Likas, minggu lalu.
Mengikut laporan lebih 70 ribu peserta bermotosikal dari seluruh Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan membanjiri perkarangan pusat sukan Sabah itu yang menawarkan pelbagai hadiah cabutan menarik termasuk sebuah kereta Mercedes.
” Walaupun penganjur mengambil kira aspek lalu lintas, namun timbul dakwaan para peniaga gerai dan peserta meninggalkan lambakan sampah di kawasan tapak program.
” Ada yang mendakwa syarat terlalu longgar menyebabkan wujud ramai peserta dan peniaga jalanan terdiri dari warga asing yang tidak memiliki pengenalan diri dan lesen motosikal, ” katanya.
Masiung mencadangkan, pengajur SMD akan datang hendaklah menjalinkan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis, Jabatan Imigresen dan Majlis Daerah.
Tegasnya, langkah itu wajar bagi memastikan hanya penunggang motosikal yang lengkap memiliki perlindungan insurane, cukai jalan dan ada dokumen penenalan diri diberi kelayakan menyertai SMD.
Jelasnya, BBC melihat JPJ boleh mengambil langkah pemeriksaan keselamatan fizikal motosikal secara percuma termasuk lesen dan cukai jalan.
Sementara Imegerisen boleh menjalani pemeriksaan dokumen pengenalan diri kepada penunggang motosikal.
Majlis Daerah turut memainkan peranan menyediakan fasiliti kebersihan kepada peniaga dan peserta di tapak pesta.
