Oleh Yussof J. Imbang
KOTA KINABALU; Terdapat keperluan kerajaan menjalinkan hubungan dua hala dengan pengiat seni, ikon sukan dan mahasiswa sebagai rakan strategik berimpak tinggi.
Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) melihat kerjaya ketiga-tiga golongan itu mempunyi pengaruh luas sebagai agen perubahan masyarakat, menurut pengerusinya, Datuk Masiung Banah.
Jika kerajaan bersetuju, BBC merancang satu kolaborasi santai menghimpunkan ketiga-tiga golongan itu menerusi forum bersama membolehkan kerajaan dapat mendengar maklum balas jujur dan idea segar daripada mereka.
” BBC melihat karyawan seni, bintang sukan dan intelektual harus mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan dan mereka berasa tidak dipinggirkan.
” Apabila kerajaan kurang mendekati, maka mereka mula melontarkan pelbagai reaksi negitif terhadap isu semasa termasuk masalah elektrik, air dan jalan raya di negeri ini
Menurut Masiung, kelompok itu mempunyi pengaruh merit dan dinamisme unik untuk menterjemah serta menyebarluaskan dasar kerajaan kepada pelbagai peringkat masyarakat.
” Kita yakin menerusi perkongsian forum berkenaan kelak, ketulusan idea ketiga-tiga kluster berbeza itu. Dan mereka boleh meluahkan pandangan tuntas merentasi batas politik dan agama.
” Pengiat seni mempunyai keupayaan luar biasa untuk menyentuh emosi rakyat menerusi karya seni, muzik, drama, filem dan sastera bagi menyuntik dasar pembangunan kerajaan.
” Forum itu lebih merupakan peluang kepada karyawan seni berinteraksi dengan wakil kerajaan, tambahan lagi bidang mereka selalu tercicir dalam pembentangan budget belanjawan kerajaan.
Lanjutan itu, Masiung berharap usaha ke arah penyetuan pengiat seni di Sabah dan kerajaan negeri dapat direalisasikan.
Dalam masa sama kerajaan dapat mendengar kelohan industri kreatif mengenai kebajikan artis, hak cipta dan pembiayaan ekosistem seni.
Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut berharap, atlit dan bintang sukan tidak boleh diketepikan, mereka adalah generasi muda penyatu bangsa yang paling berkesan, merentasi batas geopolitik.
Jika cadangan forum ini menjadi kenyataan, bintang sukan boleh menjadi platform bagi membencangkan hala tuju sukan tanahair, selain pelaburan fasiliti sukan selepas bersara .
Sementara itu katanya, golongan mahasiswa yang mewakili suara anak muda celik teknologi AI dan berilmu harus didekati sebagai generasi pelapis.
Mahasiswa boleh berindak sebagai ‘duta’ pendidikan serta mempunyai pengaruah menyampaikan mesej kerajaan kepada komuditi setempat dan rakan sebaya.
Masiung optimis, kumpulan intelek itu juga boleh menghasilkan ‘content’ menerusi vedio pendek, coretan santai yang memberi motivasi kepada anak muda.
Mereka juga boleh menyokong ketegasan kerajaan menentang ketirisan dan salah guna kuasa, tambah beliau.
