SABAH ELECTRICITY DUKACITA ATAS KEJADIAN MELIBATKAN PEKERJA KONTRAKTOR DI SANDAKAN

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn.Bhd. (Sabah Electricity) mengesahkan berlaku satu insiden melibatkan dua pekerja kontraktor ketika kerjakerja penukaran tiang elektrik berhampiran simpang lampu isyarat menuju ke Taman Mawar, Sandakan pada Sabtu.

Insiden tersebut telah mengakibatkan seorang pekerja kontraktor meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami kecederaan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sabah Electricity merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta simpati kepada pekerja yang cedera.

Kerjasama penuh sedang diberikan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. 

Semua kerja berkaitan di lokasi kejadian juga telah dihentikan sementara sehingga siasatan selesai dijalankan.

Sabah Electricity memandang serius kejadian ini dan kekal komited memastikan aspek keselamatan sentiasa dititikberatkan oleh semua pihak yang terlibat, termasuk kontraktor, dalam setiap aktiviti kerja dan operasi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles