KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar mengucapkan tahniah kepada Datuk Jifrin Mohamad atas pelantikannya sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) yang baharu.
Jiffrin, 57 sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Pertanian, MAFFI.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Jumain Abdul Ghani yang akan memulakan tugas sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) bermula 27 Julai 2026.
Beliau yakin kedua-dua pegawai kanan itu mampu menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan demi kepentingan rakyat serta pembangunan negeri.
“Selamat melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat Sabah keseluruhannya,” kata Jamawi.
Beliau berharap kedua-dua Setiausaha Tetap berkenaan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan serta memacu pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat Sabah.
