Bailout SDB – Untuk.Apa dan Untuk Siapa? – Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Ketua Pembangkang di DUN Sabah Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan kenyataan kerajaan negeri  bahawa penukaran Deposit Tetap (FD) Kerajaan sebanyak RM200 juta kepada Redeemable Preference Shares (RPS) dalam Sabah Development Bank (SDB) ‘hanyalah satu amalan perakaunan’.

Beliau berkata jika SDB benar-benar kukuh, mengapa wang kerajaan yang sebelum ini boleh dikeluarkan dan digunakan untuk kepentingan rakyat kini dijadikan modal untuk memperkukuhkan SDB?

Menurut Shafie yang juga ADUN Senallang, amalan itu bukan kali pertama kerana sebelum ini pada Oktober 2023, kerajaan menggunakan wang awam dalam penstrukturan Sabah International Petroleum (SIP) dan SDB. 

“Hari ini, sekali lagi wang rakyat digunakan untuk memperkukuhkan SDB. 

“Maka, kerajaan perlu jelaskan samada SDB menghadapi masalah liquidity.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan sedang menggunakan dana awam untuk menyelamatkan (bailout) sebuah GLC dengan menggunakan dana rakyat.

“Jika benar ini bukan bailout, maka Kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat samada bailout untuk apa dan bailout untuk siapa? katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Ketua Menteri itu berkata rakyat Sabah berhak mengetahui mengapa wang awam terus digunakan untuk memperkukuhkan GLC, sedangkan begitu banyak keperluan asas seperti bekalan air, jalan raya dan kos sara hidup masih belum dapat diselesaikan.

“Sampai bila wang rakyat akan terus digunakan untuk bailout GLC, sedangkan kepentingan rakyat terus diketepikan,” tambah beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles