Oleh: JT
KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) menyambut baik dan menyokong penuh kenyataan serta penjelasan terperinci yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick, berhubung pelaksanaan 10 Pelan Tindakan Interim serta penubuhan Jawatankuasa Task Force bagi menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP).
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Industri Perdagangan, Investasi & Pengangkutan KCCI merangkap Ahli Majlis Tertinggi KCCI, Carl V. Moosom, berkata langkah proaktif yang diambil oleh kementerian dan Kerajaan Negeri Sabah mempamerkan komitmen jitu dalam merangka penyelesaian konkrit demi menjaga kelancaran rantaian logistik, perniagaan, dan kestabilan kos sara hidup rakyat di Sabah.
“Sokongan dan Pandangan utama KCCI termasuk keperihatinan terhadap kos logistik serta kenaikan harga barangan justeru KCCI merasai rintihan para peniaga, pengimport, dan usahawan tempatan yang terkesan akibat gangguan rantaian bekalan.
“Penumpuan task force yang dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Ewon adalah sangat bertepatan bagi mengelakkan kenaikan kos kendalian (handling costs) yang akhirnya berisiko dipindahkan kepada pembeli dan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“KCCI berpendapat pelaksanaan 10 pelan tindakan interim ini adalah pragmatik melihat gabungan langkah teknikal dan pengurusan — seperti penambahan kawasan yard, pelaksanaan Vehicle Booking System (VBS), operasi 24 jam agensi penguatkuasaan, pemindahan operasi RORO ke pelabuhan Kota Kinabalu, serta pelaksanaan Berthing Window Programme (BWP) — sebagai penyelesaian strategik jangka pendek yang menyeluruh untuk melancarkan aliran kontena.
En Moosom juga bersetuju dengan penjelasan kementerian bahawa kesesakan semasa di SBCP lebih dipengaruhi oleh kekangan kapasiti fizikal (yard utilisation melepasi 100% pada waktu puncak) dan kelewatan projek pembesaran pelabuhan, bukannya berpunca semata-mata daripada kelemahan pengurusan.
Katanya, peningkatan prestasi pemendekan purata masa menunggu kapal (Average Berth Waiting Time) daripada 66 jam kepada 20.24 jam membuktikan kecekapan awal pengoperasian DP World Sabah.
“Sebagai dewan perniagaan yang mewakili pelbagai segmen perdagangan dan industri di Sabah, KCCI bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Task Force, agensi kawal selia (LPPS), serta pengusaha logistik tempatan bagi memastikan setiap pelan tindakan interim berjalan lancar di lapangan,” katanya.
Encik Moosom berkata, salah satu daripada rakan majlis beliau juga sudah dalam arena industri logistik lebih dari dua puluh tahun dan beliau sendiri pada satu ketika dulu mengetuai pengurusan sektor swasta dalam inisiatif pembangunan serantau oleh Kerajaan Sabah diberi nama BIMPEAGA yang turut menyentuh aspek pengangkutan termasuk pembangunan pelabuhan dan jaringan maritim.
“Pelabuhan Sepanggar merupakan nadi utama pergerakan perdagangan dan rantaian bekalan bagi Sabah.
“Pihak KCCI amat menghargai kepekaan YB Datuk Ewon Benedick serta tindakan pantas kementerian dalam menubuhkan Task Force khas ini.
“Pengurusan logistik yang cekap amat kritikal untuk mengekalkan keyakinan pelabur, melancarkan urusan import-eksport usahawan tempatan, dan memastikan kos barangan keatas rakyat kekal terkawal.
KCCI komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak kementerian dan agensi berkaitan demi memastikan kejayaan pelaksanaan 10 langkah interim ini.” Katanya.
