VICTOR SERAH iBOARD DIGITAL DAN 35 BUAH CHROMEBOOK UNTUK PEMBELAJARAN DI SK KUALA NAMADAN

Oleh Sam

TAMBUNAN :Sebuah Smartboard atau iBoard ialah papan putih digital beserta 35 buah Chromebook disumbangkan oleh Ketua Bahagian PGRS Tambunan hari ini bagi tujuan sokongan kepada sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kuala Namadan, Tambunan.

Kebaikan iBoard yang menggabungkan fungsi televisyen, komputer dan papan putih dalam satu peranti ini membolehkan tenaga pengajar memaparkan bahan pembelajaran, memainkan video, melayari internet serta menulis terus pada skrin menggunakan jari atau pen digital yang disediakan.

Chromebook pula merupakan aset sokongan bagi tujuan berkenaan yang menghubungkan terus ke iBoard tersebut secara serentak.

Menurut jurucakap SK Namadan, penggunaan iBoard akan menjadikan sesi pengajaran lebih menarik, interaktif dan mudah difahami.

Katanya, kemudahan ini amat bermanfaat, khususnya di sekolah luar bandar dan pedalaman, kerana memberi peluang kepada murid menikmati pembelajaran digital yang lebih berkualiti serta setanding dengan sekolah di bandar.

“Pihak sekolah mengutuskan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Tambunan ,Dato’ Victor P. Paut di atas sumbangan iBoard dan Chromebook berkenaan kepada SK Kuala Namadan hari ini.

Sumbangan tersebut di serah oleh Encik Ben Adner dan Puan Farah sebagai mewakili Victor bagi tujuan pemasangan dan ujian kelmarin.

Victor ketika dihubungi berharap semoga kemudahan tersebut dimanfaatkan sebaiknya oleh warga sekolah dan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti pendidikan serta melahirkan murid yang berilmu, kreatif dan celik teknologi.

Menurutnya, keutamaan harus diberikan kepada anak-anak di peringkat persekolahan demi impian melahirkan generasi berilmu sesuai dengan perkembangan era digitalisasi serta menjadi insan yang berguna celik teknologi pada masa akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles