Oleh Sam
TAMBUNAN : Kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Tambunan semakin bersemangat dan gembira apabila menerima sumbangan peribadi sebanyak RM10,000 daripada Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah – Tambunan , Dato’ Victor Peter Paut di sini.
Victor menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan, Tuan Johari Awang Damit, sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada usaha melahirkan atlet-atlet muda yang cemerlang serta mengharumkan nama Tambunan di peringkat negeri.
Ianya juga dilihat sebagai satu sokongan yang tidak berbelah bahagi seperti yang terdapat dalam misi peribadi Victor iaitu mendokong pembangunan dan kemajuan sukan , belia dan aktiviti budaya sebagai antara teras utama kepimpinan PGRS di Tambunan.
“Ia sesuatu yang baik dan semoga anak-anak pelajar kita atau para atlet di dalam kontinjen MSSD Tambunan tersuntik semangat untuk terus cemerlang di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sabah di Ranau tahun ini,” jelas Johari sebagai mewakili pihak MSSD Tambunan.
“Pemimpin Berjiwa Rakyat, Prihatin Terhadap Pendidikan dan Pembangunan Sukan.”
