Ikatan kekeluargaan eratkan persaudaraan sinakagon Kurup Kiulu

KIULU:  Perjumpaan pertama Keluarga Sinakagon Kurup berjaya menghimpunkan ahli keluarga keturunan Kurup dalam suasana penuh muhibah di Dewan Nuluhon Baru hari ini.

Program bertemakan “Koposion Tolumis Maya Paganakan Haro Piuludan” itu dipengerusikan oleh Gundohing Simon Kait, dengan Cikgu Lee Linggang sebagai setiausaha dan Pn. Lorita Gasan selaku bendahari.

Perjumpaan tersebut menghimpunkan keluarga Gasan, Liamah, Tinggamah, Lungita, Liatah dan Diun dari beberapa kampung sekitar Kiulu termasuk Nuluhon Baru, Mangkaladom, Dumpiring, Mantob, Sukang dan Tompinahaton.

Dalam ucapan aluannya, Simon berharap perjumpaan itu menjadi wadah mengukuhkan hubungan persaudaraan Sinakagon Kurup. 

Penaung program, KK Sinson Madamin, turut berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan, termasuk sesi memperkenalkan diri, cabutan bertuah, sesi bergambar dan karaoke. 

Penganjur turut mengumumkan Kampung Tompinahaton, Kiulu sebagai tuan rumah bagi perjumpaan tahun hadapan.

Majlis penangguhan disempurnakan oleh John Wayne Linggang yang menzahirkan harapan Sinakagon Kurup terus bersatu dan mengekalkan ikatan kekeluargaan yang erat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles