Kukuhkan penglibatan syarikat tempatan, Bumiputera Sabah dalam sektor minyak & gas

KOTA KINABALU: Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara SAA Engineering & Marine Sdn. Bhd. dan SAAEM Sabah Sdn.Bhd., serta sesi penyerahan Letter of Intent (LOI) bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Sabah merupakan langkah strategik dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negeri Sabah, khususnya dalam memperkukuhkan penglibatan syarikat tempatan dan Bumiputera Sabah dalam sektor minyak & gas yang semakin berkembang.

Pengarah Urusan SAEEM Sdn Bhd, Haji Muhammad Nasruddin  Salim berkata, MoU itu yang dimeterai melalui Majlis Kolobrasi Strategik pada Sabtu, 9 Mei 2026 merupakan tarikh penting dimana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam memperkukuhkan pembangunan industri, membuka lebih banyak peluang kolaborasi serta membantu memperkasakan vendor dan kontraktor tempatan Sabah dalam sektor minyak & gas.

“Pada masa yang sama, sesi penyerahan LOI bersama DPMM Sabah juga merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama bersama komuniti usahawan tempatan selaras dengan aspirasi pembangunan ekonomi Sabah yang menekankan pengukuhan ekosistem keusahawanan Bumiputera serta perluasan peluang ekonomi kepada rakyat Sabah,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan SAA Engineering & Marine Sdn. Bhd., Haji Haji Mohammad Saufi Yusof; Yang DiPertua DPMM Cawangan Sabah, Datuk Haji M. Sapawae @ Sapawai M.Tussin dan DPMM Putrajaya, Mohd Dzahir Jamudin. 

Muhammad Nasruddin berkata, Sabah mempunyai potensi yang sangat besar dalam sektor tenaga dan petroleum berikutan kedudukannya sebagai antara negeri pengeluar minyak utama negara.

“Namun begitu, apa yang lebih penting ialah bagaimana pembangunan industri ini dapat memberi manfaat secara langsung kepada ekonomi negeri, syarikat tempatan serta rakyat Sabah sendiria ekonomi negeri, syarikat tempatan serta rakyat Sabah sendiri.

“Atas sebab itu, kerjasama yang dimeterai hari ini membawa makna yang cukup besar kerana ia bukan hanya tertumpu kepada pembangunan perniagaansemata-mata, tetapi juga kepada usaha membina ekosistem industri yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing melalui pembangunan kapasiti syarikat tempatan, pemerkasaan modal insan serta peningkatan penyertaan usahawan Bumiputera Sabah dalam rantaian nilai industri minyak & gas,” katanya.

Muhammad Nasruddin berkata, SAAEM Engineering & Marine Sdn. Bhd. yang berasal dari Terengganu dan mempunyai pengalaman luas dalam industri Oil & Gas di Malaysia membawa bersama kepakaran teknikal serta pengalaman industri yang amat bernilai.

“Kami percaya pengalaman dan kepakaran tersebut mampu membantu memperkukuhkan pembangunan industri minyal & gas di Sabah melalui perkongsian ilmu, pembangunan teknikal, pemindahan teknologi serta peningkatan keupayaan syarikat tempatan agar lebih kompetitif dan berdaya saing,” katanya.

Katanya, penubuhan SAAEM Sabah Sdn. Bhd. pula dilihat sebagai satu inisiatif penting dan tepat pada masanya dalam menyokong dasar pembangunan ekonomi Sabah yang memberi penekanan kepada penglibatan lebih besar rakyat tempatan dalam sektor strategik negeri. 

“Kami mahu melihat lebih banyak syarikat tempatan Sabah diberi peluang untuk berkembang, membina kapasiti dan menjadi sebahagian daripada pemainutama dalam industri ini,” katanya.

Muhammad Nasruddin berkata, kerjasama bersama DPMM Sabah ini diharap dapat menjadi platform penting dalam menghubungkan pemain industri, usahawan tempatan, institusi latihan dan pelabur strategik bagi mewujudkan ekosistem ekonomi yang lebih progresif, inklusif dan berimpak tinggi kepada pembangunannegeri Sabah.

“Kami percaya pembangunan ekonomi yang sebenar bukan hanya diukur melalui nilai pelaburan atau keuntungan semata-mata, tetapi bagaimana manfaat pembangunan itu dapat dirasai oleh rakyat tempatan melalui peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran, peningkatan kapasiti syarikat tempatan serta pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh dan mampan.

“Justeru, kami berharap kerjasama yang dimeterai pada hari ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri minyak dan gas Sabah yang lebih kukuh serta memperluaskan penglibatan syarikat tempatan dan Bumiputera Sabah dalam sektor strategik negara pada masa hadapan,” katanya, dan menanbah, segala usaha dan kerjasama yang dibina akan membawa manfaat besar kepada pembangunan industri, ekonomi dan masa depannegeri Sabah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles