Kerajaan perlu perketatkan penguatkuasaan agihan subsidi bahan api di Sabah – Masiung

Oleh Yussof J. Imbang

SANDAKAN; Terdapat leperluan kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi mengakang ketirisan sumber awam  membabitkan agihan subsidi bahan api di Sabah.

Pengerusi Kumpulan Sedco, Datuk Masiung Banah menegaskan, tatakelola dan salah laku berisiko tinggi berlaku dalam pengurusan krisis  bekalan global melibatkan bantuan dan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cacair.

” Jika penguatkuasaan tidak dilaksanakan secara tuntas subsidi rakyat melibatkan bahan api berisiko tinggi berjaya diseludup ke negara jiran, ” beliau ditemui media semasa  menghadiri taklimat khas zon keselamatan wilayah Sabah (Estern Safety Zone) sempena lawatan kerja  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, di sini pagi tadi.

Jelasnya, dua kes penyelewengan Diesel berlaku di Tawau pada Ahad lalu dan awal April lepas melibatkan lebih 40,000 liter Diesel bersubsidi bernilai lebih RM1.17 juta harus menjadi amaran jelas kepada kerajaan.

Masiung mengesa Pasukan Polis Marin (PPM) Kementerian Dalam Negeri dan Keteraman Awam (KDNKA) dan agensi maritim menambah bilangan anggota penguatkuasaan dan menambah kemudahan bot peronda serta dron terutama di laluan tikus kawasan sampadan negara.

Tidak terkecuali katanya, pegawai penguatkuasa yang bertugas menjaga pintu masuk harus diteliti berlaku penyalahgunakan kuasa atau tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sementara itu, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengenalpasti tiga bentuk risiko utama menyumbang kepada ketirisan sepanjang tempoh krisis bekalan global susulan konflik geopolitik di Asia Barat.

Menurut EAIC, penyeludupan bahan api dan  minyak masak bersubsidi paling kritikal diawasi di kawasan sampadan ialah kewujudan rangkaian dalaman melibatkan segelintir petugas di pintu  pintu masuk.

Selain itu, ialah faktor geografi kawasan laut yang luas dan hutan paya bakau tebal yang terdapat banyak laluan tikus yang menyukarkan aktiviti penguatkuasaan.

Menurut Masiung, harga bahan api dan minyak masak bersubsidi yang jauh lebih murah berbanding negara jiran menarik perhatian penyeludup untuk mengaut keuntungan besar.

Katanya, permintaan tinggi bahan itu di Indonesia dan Filipina menyumbang kepada penyeludupan barangan terkawal daripada Sabah dan Sarawak.

Taklimat disampaikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Walter Kenson yang turut dihadiri Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafri Ariffin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untung, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Samad Jamri serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles