TUARAN: Kerajaan Sabah yang diterajui GRS diseru mempertahankan kuasa Otonomi Imigresen sedia ada berikutan cadangan pindaan Akta 830 yang bakal menyaksikan pengambilalihan kuasa kawalan pintu masuk sempadan Sabah oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
Ketika membuat seruan itu, Aktivis Masyarakat Jaesman Gipin berpendapat
pengambilalihan fungsi pintu masuk
sempadan Sabah oleh agensi
persekutuan AKPS itu berisiko menghakis hak dan menjejaskan kuasa autonomi Imigresen Negeri Sabah.
Menurutnya ia turut menjejaskan kuasa
Pihak Berkuasa Negeri Sabah seperti yang dilindungi oleh Perenggan 16 Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) di
bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perkara 161E(4) Perlembagaan
Persekutuan, dan Seksyen 64 serta Seksyen 65, Bahagian VII Akta Imigresen 1959/63.
“Isu ini bukan kecil. Ini soal kedaulatan negeri. Justeru, Kerajaan Negeri Sabah wajib bertegas mempertahankan kawalan pintu masuk sedia ada dan menolak sebarang usaha meletakkannya di bawah AKPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jaesman yang juga bekas pegawai imigresen berkata kuasa otonomi Imigresen Sabah merupakan mandat 1963 dan bukan keistimewaan, sebaliknya hak itu dijamin undang-undang.
Beliau berkata kerajaan Sabah tidak boleh lupa asas perundangan yang melindungi kuasa imigresen negeri, termasuk tiga dokumen utama yang wajib difahami semua rakyat:
Jaesman berkata ini termasuk Perenggan 16, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962.
Katanya IGC dengan jelas merekodkan persetujuan bahawa āKawalan imigresen ke Sabah dan Sarawak hendaklah kekal di bawah kuasa negeriā.
“Tujuannya untuk lindungi Sabah daripada kemasukan beramai-ramai dari Tanah Melayu yang boleh ubah komposisi penduduk dan beban ekonomi negeri.
“Ini janji bertulis sebelum Malaysia wujud. Inilah sebab utama Sabah setuju masuk Persekutuan. Menyerah kawalan kepada AKPS samalah dengan mengkhianati semangat IGC,” katanya.
Jaesman berkata perkara seterusnya yang diambil perhatian ialah Perkara 161E(4), Perlembagaan Persekutuan.
āTiada pindaan kepada Perlembagaan yang menyentuh kuasa imigresen Sabah dan Sarawak boleh dibuat tanpa persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.
“Putrajaya tak boleh ubah kuasa imigresen Sabah sesuka hati. Walaupun AKPS tidak pinda Perlembagaan, mengambil alih fungsi operasi di pintu masuk adalah cara halus hakis kuasa ini.
“Jika Kerajaan Negeri benarkan, ia cipta duluan bahaya bahawa 161E(4) boleh dipintas melalui agensi,” katanya.
Selain itu, katanya turut diambil kira ialah Seksyen 64 & 65, Akta Imigresen 1959/63 yang memberi kuasa kepada Pengarah Imigresen Negeri Sabah untuk kawal kemasukan bukan warganegara Sabah, termasuk rakyat Semenanjung.
Seksyen 65 pula membenarkan Kerajaan Negeri arah Pengarah Imigresen halang kemasukan sesiapa yang dianggap orang yang tidak dialu-alukan ā atau
“Persona non grata”
“Inilah ākuasa vetoā Sabah. Kita boleh halang sesiapa, termasuk ahli politik dan aktivis Semenanjung, daripada masuk jika ancam kepentingan negeri. Jika AKPS ambil alih pintu masuk, kuasa Seksyen 65 ini jadi kabur. Siapa beri arahan? Putrajaya atau Negeri? katanya.
