Oleh Yussof JImbang
KOTA KINABALU: Transformasi pendidikan memerlukan hubungan dua hala antara institusi pendidikan dan kerajaan, namun kawalan digital kalangan pelajar menuntut satu garis panduan mendesak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Kuamut, Datuk Masiung Banah, menegaskan penyalahgunaan media sosial tanpa kawalan di kalangan pelajar hari ini adalah virus yang memerlukan reformasi bersapadu.
” Kawalan aksis digital di kalangan pelajar wajar digubal segera supaya ianya tidak menjadi lebih parah, ” katanya ditemui media selepas merasmikan majlis Apresiasi & Anugerah Cemerlang Tahun 6 Sekolah Rendah Sacred Heat 2025 pagi tadi.
Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sebaiknya menjalinkan kerjasama merangka dasar baharu mengawal aksis digital kepada golongan pelajar.
Masiung menegaskan, langkah itu penting terutama pelajar rendah dan menengah supaya mereka memahami batas penggunaan media sosial terutama penyebaran maklumat palsu.
Beliau bimbang gelombang digital tanpa sampadan di kalangan pelajar pelbagai peringkat telah menyumbang risiko kemarosotan pendidikan dan ia harus ditangani berpandukan dasar dan undang-undang.
” Kerajaan wajar mendengar isu ini, kerana kami sebagai pemimpin di peringkat negeri dan ibu bapa sudah lama menyuarakan isu ini, namun belum ada tindakan sewajarnya.
” Usaha kerajaan memartabatkan modal insan akan melalui jalan buntu selagi reformasi memerangi penyalahgunaan digital pelajar tidak diatasi, ” tambahnya.
