Peralihan kerajaan kerap merugikan rakyat -Masiung


Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD: Sabah yang sebelum ini melalui tiga fasa peralihan kerajaan dan tiga Ketua Menteri dalam tempoh dua penggal merupakan landskap politik sukar yang jelas merugikan rakyat, tegas penyandang Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.

” Kita leraikan segala bentuk perebutan kuasa politik, kita berjuang sebagai keluarga besar merangkumi warga belia, penduduk kampung, penjawat awam, kerja sendiri dan swasta untuk merawat dan memperbaiki semula negeri ini.

” Oleh itu, kestabilan politik perlu kita kekalkan supaya program pembangunan yang telah dan sedang dirancang kerajaan negeri yang ada pada hari ini dapat diteruskan, ” katanya.

Masiung berucap merasmikan kejohanan bola sepak tertutup 9 sepasukan piala DMB yang disertai 32 pasukan di padang permainan Kampung Sanan dan Semundu di sini psgi semalsm. Beliau turut menyerahkan sumbangan 55 set jersey kepada pasukan yang mengambil bahagian.

Serentak dengan itu, beliau turut melancarkan upacara pelepasan 155 atlet remaja Tongod yang akan menggalas cabaran dalam kejohanan Sukan Sabah (SAGA) bermula 11 Oktober ini di Tawau.

Tegasnya, kekerapan pertukaran kerajaan negeri Sabah sebelum ini merupakan punca utama kemunduran dan kegagalan pembangunan rakyat yang sedang dalam proses perancangan.

Masiung yang juga Naib Presiden Gagasan Rakyat, mahukan golongan muda tidak mudah terpengaruh dengan sentimen politik berpaksikan hasutan yang ditiupkan oleh pemimpin yang kemaruk kuasa.

Menurutnya, sudah sampai waktunya, golongan muda berfikir positif mendekap erat konsep kebersamaan bagi mengekalkan kerajaan negeri sekarang.

” Bayangkan pelan selama lima tahun akhirnya tergendala bila kerajaan bertukar, Ketua Menteri bertukar, pegawai kerajaan bertukar dan dasar baharu diperkenalkan, belum sempat dilaksanakan kerajaan bertukar lagi akhirnya rakyat menanggung kerugian.

” Kita sering berbangga dengan pencapaian negeri Sarawak. Tetapi kita tidak mahu mengubah fikiran, macam mana rakyat Sarawak berfikir dan bertindak mengekalkan kestabilan politik, ” ujarnya.

Menurut Masiung selama lebih 60 tahun Sarawak tidak pernah bertukar kerajaan, hanya bertukar Primier bila habis tempoh. Politik mereka stabil, berbanding Sabah sudah bertukar kerajaan sebanyak 16 kali.

Mengenai masalah pembinaan Kompkeks Sukan Tongod yang kini tertangguh pembinaanya kerana kontraktor yang dilantik oleh kerajaan lalu tidak mampu menyiapkan mengikut jadual.

” Ekoran masalah kontraktor, pihak pembangkang telah mengambil kesempatan menjual cerita buruk menjelang pilihanraya, walaupun pada awalnya saya bercadang kompleks tersebut dijadikan pusat kecemerlangan sukan di pedalaman, ” jelasnya.

” Jika kerajaan berukar lagi, sudah tentu wujud polisi baharu dan pada akhirnya kompleks sukan ini bakal menjadi gajah putih, ” tegasnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles