TAMBUNAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan akan memastikan calon Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Tambunan menang besar dan sekali gus membantu parti memenangi pilihan raya negeri (PRN) ke-17 dengan cemerlang.
Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Dato Dr Victor P. Paut berkata, dengan kekuatan keahlian melebihi 15,000 ahli, parti itu kini dilihat parrti dominan dan terkuat di daerah ini serta tidak mampu diganggu gugat oleh mana-mana parti lain.
“Dengan kekuatan itu, PGRS Tambunan juga menjadi sandaran dalam membantu menguatkan lagi kedudukan GRS Tambunan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ke-17 yang akan diadakan tahun ini.
“PGRS Tambunan mahu memastikan calon GRS Tambunan menang besar dan sekali gus membantu parti memenangi PRN ke-17 dengan cemerlang,” katanya, sambil menerima tepukan gemuruh daripada perwakilan parti yang hadir.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Tahunan Cawangan Berkelompok Gagasan Rakyat N39 Tambunan Tahun 2025, di Dewan Masyarakat Tambunan, pada Sabtu.
Victor berkata, PRN kali ini akan menentukan sama ada GRS mampu mendapat mandat dan sokongan rakyat untuk kekal memerintah Negeri Sabah buat penggal seterusnya.
“KIta sedia maklum bahawa pada ketika ini tular di media sosial dimana pembangkang sedang berusaha sedaya upaya untuk mempengerahui hati rakyat agar menyokong mereka pada PRN akan datang, dengan menabur bermacam-macam dakwaan, fitnah, tohmahan memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan negeri terutama sekali Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor,” katanya.
Dengan keadaan itu, kataya, ahli-ahli PGRS di seluruh negeri perlu bangkit dan mempertahankan kepimpinan kerajaan negeri dibawa pimpinan Hajiji.
Katanya, ahli-ahli PGRS harus menggunakan segala kekuatan dan kemampuan yang ada serta menyanggah segala fitnah, pembohongan dan tomahan terhadap kerajaan dan kepimpinan negeri.
“PGRS harus memastikan GRS menang dengan cemerlang pada PRN akan datang dan memastikan PGRS terus menjadi tulang belakang kerajaan GRS selepas PFRN nanti,” katanya.
Menyentuh pengumuman kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) dalam PRN-17, Victor mengajak ahli PGRS Tambunan agar menunjukkan parti itu jalan keluar dengan menumbangkan mereka pada pilihan raya PRN nanti.
“Kita bungkus dan hantar mereka pulang ke Malaya buat selama-lamanya pada PRN akan datang ini.
Membujur lalu melantang patah. Lawan tetap lawan. Kita akan lawan mereka ke titisan darah yang terakhir. Biar putih tulang jangan putih mata. Ini rumah kita, kitalah yang jaga,” tegasnya.
Pada majlis itu, Gagasan Rakyat Tambunan menerima 400 keahlian baru darpada cawangan Gagaraon, Mangi-Pangi, Moloson, Kg. Silad, Kg. Monsok Ulu dan Tinuridong Sunsuron.
Victor menguacap syabas dan tahniah kepada jawarankuasa pelaksana yang telah betungkus lumus dan berjaya mengadakan persidangan tahunan.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua perwakilan yang menghadiri persidangan itu kerana sanggup meninggalkan aktiviti harian masing-masing semata-mata untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada PGRS.
Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Mohd Yassin Mohd Yunus; Ketua Wanita, Datuk Hajah Amelia Ajun; Setiausaha Bahagian, Mohd Hajjaz Iaqbal Yusof; Ketua Pemuda, Rafi Arshad dan Ketua Beliawanis, Viannney Evana Vide.