ULANG TAHUN UMNO KE – 79 : SIMBOL PERJUANGAN BERTERUSAN Dan KESEPAKATAN HADAPI CABARAN PRN SABAH

SANDAKAN: Sempena ulang tahun UMNO ke-79, UMNO Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh ahli dan pimpinan UMNO di semua peringkat atas keteguhan
perjuangan sejak 1946.

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Hj Nasir berkata Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang telah berjaya mengangkat semula martabat UMNO ke tahap lebih tinggi sebagai
tunjang kestabilan Kerajaan Perpaduan.

“UMNO Sabah menyambut baik keputusan rasmi hasil Mesyuarat Kepimpinan
Tertinggi BN dan PH pada 8 Mei 2025 yang menyatakan kesediaan kedua-dua
gabungan bekerjasama secara rasmi dalam menghadapi PRN Sabah ke-17.

“Kerjasama ini membuktikan kematangan politik nasional dan kesungguhan untuk mewujudkan kestabilan demi rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lubaran berkata UMNO Sabah menyokong penuh kenyataan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, yang menegaskan kerjasama BN – PH ini bukan sekadar untuk menang pilihan raya, tetapi bagi membina masa
depan Negeri Sabah yang lebih terurus dan terjamin.

“Kami akan memastikan seluruh jentera akan digerakkan dengan sepenuh komitmen dan disiplin sebagai satu pasukan perpaduan yang matang dan
bersedia.

“Proses perundingan di peringkat negeri akan dipandu semangat muafakat yang telah ditetapkan di peringkat nasional,” katanya.

Suhaimi menegaskan UMNO Sabah – Fokus kepada kestabilan, demi rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles