Perjuangan melestarikan Bahasa Kadazandusun tahun 1986 masih segar dalam ingatan – Madius

Oleh Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Ahli Parlimen Tuaran

KOTA KINABALU: Apabila saya merasmikan Karnival Bahasa Kadazandusun peringkat Zon Nabalu, PPD Tuaran di SK Tomis pada pagi tadi, saya terimbas kembali pelbagai kenangan pahit manis dalam memperjuangkan kelesterian Bahasa Kadazandusun bermula pada tahun 1986. Ia bermula apabila saya dipilih sebagai salah satu daripada Ahli Majlis Tertinggi KDCA dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bahasa dan Sastera KDCA.

Setelah dilantik sebagai Pengerusi, dua projek utama yang saya laksanakan iaitu pembuatan Kamus Bahasa Kadazandusun dan menyediakan asas untuk Bahasa Kadazandusun diajar di sekolah dengan menyelesaikan polemik tentang mana satu dialek yang akan digunakan untuk diajar di Sekolah.

Kedua-dua projek ini adalah sangat besar dan mencabar. Untuk pembuatan Kamus satu Jawatankuasa Kecil saya tubuhkan. Asas utama kita dalam projek ini ialah dengan menggunakan Kamus Kadazan yang telah di buat oleh Fr. Anthonyson. Syukur dengan bantuan pelbagai pihak termasuk Summer Institute of Linguistics (SIL) walaupun mengambil masa yang begitu lama tetapi akhirnya siap.

Untuk projek yang kedua, saya juga menubuhkan satu Jawatankuasa Kecil dan seterusnya mendapatkan bantuan Kewangan daripada Canadian Union for Student Organisation (CUSO) bagi membiayai Simposium Bahasa Kadazandusun. Simposium yang julung kalinya diadakan ini bertajuk “Standardization of the Kadazandusun Language” telah diadakan bertempat di Perkasa Hotel Kundasang.

Ia diadakan dengan jayanya dan perbincangan berlangsung dengan baik. Walaupun tidak ada kata putus pada ketika itu, namun rumusan simposium akhirnya telah menjadi asas kita untuk mengambil dialek Bundu dan dialek Liwan sebagai asas penyatuan bahasa apa yang dipanggil sebagai Bahasa Kadazandusun. Dan kemuncaknya, kini Bahasa Kadazandusun telah menjadi salah satu subjek bahasa yang diajar dalam sistem pendidikan Malaysia.

Walaupun hari ini sudah ada yang bergraduate Falsafah Kedoktoran, Sarjana dan Sarjana Muda pengkhususan Bahasa Kadazandusun dan ribuan pelajar bermula di tahun satu sehinggalah ke peringkat SPM, namun banyak lagi cabaran yang perlu dialek Bundu tempuhi.

Selaku Ahli Parlimen P.170 Tuaran Saya bersetuju memberi apa juga sokongan dan bantuan kepada guru-guru Bahasa Kadazandusun di PPD Tuaran untuk menubuhkan TINIMUNGAN MANAMPASI BOROS KADAZANDUSUN (TIMBOK).

Terima kasih kepada PPD Tuaran khususnya Guru Besar SK Tomis diatas jemputan merasmikan Karnival Boros Kadazandusun Zon Nabalu PPD Tuaran.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles