Kerusi Parlimen Labuan wajib diisytihar kosong, suatu pilihan raya kecil wajib diadakan segera – Ronald

KOTA KINABALU: Ketua Whip Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, menuntut pengisytiharan kekosongan kerusi Parlimen Labuan susulan Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 April 2025 yang membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan yang difailkan Dato Indera Suhaili Abdul Rahman terhadap BERSATU.

Dalam satu kenyataan, hari ini, Ronald menjelaskan memandangkan Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman.

“Maka jelas alasan yang dijadikan sandaran oleh Tan Sri Speaker Dewan Rakyat untuk tidak mengosongkan kerusi Parlimen Labuan dan menolak permohonan saya dalam surat terdahulu bertarikh 9 Julai 2024, sudah tidak lagi relevan dan terpakai,” katanya

Oleh itu, katanya, Tan Sri Speaker tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menghormati dan menjunjung mulia Perlembagaan Persekutuan dengan membuat perisytiharan bahawa berlaku kekosongan bagi kerusi Parlimen Labuan untuk membolehkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat ketetapan untuk suatu pilihan raya kecil diadakan segera.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles