LDP diingatkan supaya tidak mudah lupa jasa BN lantik presiden terdahulu jadi Ketua Menteri – Jeffery Nor

KOTA KINABALU Para pemimpin Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) diingatkan supaya tidak terus melupakan segala jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menyaksikan presiden terdahulu Tan Sri Chong Kah Kiat diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata kerajaan BN yang diterajui UMNO pada ketika itu telah memberi ruang kepada bekas pemimpin LDP itu dilantik sebagai ketua menteri meskipun hanya mempunyai dua kerusi DUN.

“Jika tidak (kerana BN)…sehingga kini belum tentu ada ruang itu dikecapi menjadi ketua menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan berkata Kenyataan naib presiden LDP David Ong yang mempersoalkan jasa BN/UMNO seolah tidak belajar sejarah politik Sabah.

“Apa yang dinyatakan baru-baru ini juga merujuk kepada pimpinan BN dulu yang sekarang sudah berada di parti lain dan sekarang bersama-sama kamu (LDP).

“Jadi adakah kenyataan kamu itu menyalahkan mereka-mereka yang pernah menjadi pimpinan BN dahulu? katanya.

Jeffery berkata masalah infrastruktur kini
semakin kritikal dan bukan semakin baik.

“Adakah dulu lebih teruk dari sekarang? “Masalah sumber air terawat sehingga kini masih lagi membelenggu masalah utama rakyat, sehingga kini tiada yg sigifikan ‘sign’ bahawa masalah air pada masa terdekat ini dapat diselesaikan dan sehingga kita sanggup tunggu ‘soft loan’ dari kerajaan persekutuan untuk atasi masalah sumber air untuk jangka masa pendek.

“Di mana kebenaran kenyataan pendapatan (revenue) kerajaan negeri yang tinggi.

“Kenapa tidak kita menggunakan pendapatan negeri untuk bantu balik rakyat negeri Sabah, adakah kita takut untuk tidak mendapat hasil pada masa akan datang kerana kekurangan daya saing ekonomi negeri kita?,” katanya.

Jeffery berkata untuk mendapatkan hasil yang baik mesti ada semak dn imbang, supaya tidak berulang lagi kelewatan-kelewatan projek pembangunan.

“Contohnya projek Pan Borneo terutama di sebelah Beaufort ke Sipitang… sudah empat kali hari raya pun masih begitu,” katanya.

Oleh itu, katanya UMNO Sabah memberi ruang kepada LDP yang menganggotai GRS untuk membuat sesuatu yang dinamik bukan statik seperti sekarang untuk rakyat Sabah.

“Dan kami akan sentiasa menegur secara berhemah jika kepentingan rakyat Sabah tidak diutamakan dan diabaikan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles