KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad mengekalkan jawatan bagi penggal kedua untuk tempoh 2025-2027.
Keputusan dibuat perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan USIA kali ke-38 yang berakhir kelmarin.
Sapawi memperoleh 192 undi, menewaskan pencabarnya Dato Hj Mohammad Yusof Apdal yang memperoleh 124 undi. Terdapat enam undi rosak.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua USIA, Datuk Hj Abdul Hakim Gulam Hassan juga mengekalkan bagi penggal kedua dengan memperoleh 183 undi, manakala pencabarnya Hj Mandaile Hj Basri mendapat 133 undi.
Lima jawatan Naib Yang Dipertua USIA pula masing-masing dimenangi Datuk Hj Arshad Idris, Prof Datuk Dr Hj Kasim Hj Mansor, Datuk Pg Hj Abd Rahman DSP Pg Digadong Hj Muhammad Galpam, Ustaz Rafaeh Md Enarji dan Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir.
Mesyuarat perwakilan itu dirasmikan pada Jumaat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Dalam pada itu, Ketua Belia USIA Datuk Jamawi Jaafar juga mengekalkan jawatan dalam persaingan satu lawan satu.
Beliau memperoleh 195 undi manakala pencabarnya, Syahfiq Edul mendapat 114 undi.
Ketua Wanita USIA Datuk Hajah Siti Aminah Aching turut mengekalkan jawatan dengan mendapat 222 undi, manakala pencabarnya Hajah Nirma Habibi mendapat 98 undi.
Sementara 18 jawatan Ahli Majlis Tertinggi yang menang terdiri daripada Hajah Zulpah Tun Datu Hj Mustapha, Dr Mechor @ Abdul Halim Juinis, Ahmaddin Hj Mohd Said, Serubih Marimin, Hj Mohd Halikin Angga dan Hajah Nursuhana Abdullah.
Hajah Aisah Saadiah OKK Hj Zainal, Hj Yahya OKK Zainal, Pajudin Hj Nordin, Datu Mazlan Datu Ibrahim, Datuk Dr Hj Mingu Hj Jumaan dan Abidin Darus.
Yang lain Hajah Nanih Abah, Ahmad Hj Mohd Said, Mohamad Sufan Baharin, Edul Hj Mulud, Matrudin Radin dan Hj Raisin Gagah.
Jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap masing-masing dimenangi Datuk Ismarah Madcasar dan Mohd Yassin Mohd Yunus.