Oleh Yussof Imbang
KOTA KINABALU: Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi bagi memberi keterangan susulan vedio tular dikaitkan dengan beliau dimuat naik sebuah portal berita semalam.
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu tiba tepat jam 9.00 pagi tadi di pejabat SPRM, Kota Kinabalu bagi memberi keterangan berhubung vedio tular berkenaan.
” Kehadiran saya ke pejabat SPRM sebagai komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya membolehkan pihak berwajib melakukan siasatan terperinci berhubung rakaman vedio tersebut, ” jelasnya sejurus keluar dari pejabat SPRM pada jam 12.30 tengahari.
” Pegawai SPRM mengambil masa 2 jam 30 minit untuk merekodkan keterangan saya pagi ini dan saya berbuas hati dapat memberi kerjasama.
Para pegawai SPRM begitu profesional dan dedikaasi ketika melakukan siasatan.
Masiung turut mengalu-alukan mana-mana pihak berwajib untuk menjalankan siasatan terhadap dakwan ini dan berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya.
Beliau memaklumkan, rakaman vedio berkenaan telah disunting dan ditukuk tambah terlebih dahulu sebelum disiarkan.
” Rakaman vedio tersebut jelas tidak mengambarkan cerita sebenar, kerana ia disunting seolah-olah cerita itu berpihak kepada individu yang membuat rakaman tersebut.
” Saya bersedia dipanggil SPRM bila-bila masa tanpa memberi alasan sakit atau sibuk dengan komitmen tugas, ” jelasnya.
” Saya berharap SPRM memanggil individu yang membuat rakaman tersebut untuk siasatan terperinci dan menyerahkan rakaman vedio sebenar perbualan berkenaan, ” jelasnya.
Beliau percaya, wujud campurtangan politik melibatkan parti pembangkang yang sengaja memerangkap beberapa Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai komplot menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Menurut Masiung, beliau sudah menjangkakan pembangkang akan melakukan komplot kerana berasa tergugat dengan kecemerlangan kerajaan negeri diterajui Hajiji menerusi Belanjawan Sabah 2025 diluar dugaan sebanyak RM7.421 bilion yang tidak pernah dilakukan pembangkang semasa menjadi kerajaan sebelum ini.
Masiung meminta rakyat di kawasan Kuamut yang beliau wakili bertenang dan tidak memberi memberi seberang spekulasi.