Kenyataan Media oleh YB DATUK FAIRUZ RENDDAN, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat
KOTA KINABALU: Jawatan Ketua Menteri hanya boleh dilepaskan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan Undangan Negeri ataupun peletakan jawatan YAB. Ketua Menteri sendiri.
Berdasarkan video-video yang disebarkan, tiada langsung menyebut YAB Ketua Menteri menerima wang atau terlibat dengan kes tersebut. Malah paparan video tersebut jelas membuktikan bahawa Menteri mengambil
keputusan membatalkan Lesen Cari Gali (Prospecting Licence) kerana wujudnya pengaruh kartel.
Pihak SPRM telah pada 17 November 2024 mengeluarkan satu kenyataan media yang menyatakan telah memulakan proses siasataan.
Sehingga hari ini, nama YAB Menteri tiada
lansung dipanggilmemberi keterangan
membuktikan YAB Ketua Menteri langsung tidak terlibat dengan kes tersebut.
Sehingga kini, berdasarkan sidang media oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 10
November 2024, tiada satu pun laporan yang dibuat kepada SPRM berkenaan
keterlibatan ADUN-ADUN di Sabah dengan tuduhan rasuah tersebut.
Siasatan SPRM sentiasa dijalankan secara telus dan bebas, terpulang kepada pihak SPRM untuk mendedahkan hasil siasatan kepada umum kerana jelas tiada apa yang perlu disembunyikan seiring kenyataan YAB Ketua Menteri pada 12 November 2024, ‘we have nothing to hide’.
Oleh yang demikian, secara perundangan,
tiada satu pun peruntukan yang
memberi hak kepada mana-mana pihak untuk mendesak agar YAB Ketua Menteri meletakkan jawatan untuk membolehkan siasatan dijalankan secara telus dan adil.
Suka untuk kami ingatkan, seorang ADUN juga pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah walaupun pada ketika itu beliau masih di dalam proses perbicaraan mengenai kes rasuah yang melibatkan jutaan ringgit dan ironinya, beliau tidak pernah melepaskan jawatan beliau dan baru-baru ini, Mahkamah Rayuan memerintahkan beliau untuk membela diri.
Pemuda Gagasan Rakyat meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa khususnya SPRM yang sedang
menjalankan siasatan terhadap kes
tersebut.
Pemuda Gagasan Rakyat akan terus menghormati proses undang-undang dan sesekali tidak akan terlibat dengan perbincangan serta provokasi di dalam media sosial.