Gelombang Biru di DUN Liawan dan DUN Pantai Manis isyarat BN Sabah sedia hadapi PRN ke-17 – Bung Moktar

PAPAR: Himpunan “Gelombang Biru” dengan kehadiran yang amat memberangsangkan pada setaip program Gerak 17 UMNO Sabah, memberikan isyarat jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sedia menggalas tanggungjawab menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang, seterusnya menerajui kepimpinan kerajaan negeri.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata kehadiran penyokong BN yang menghampiri 3,000 orang dalam program Gerak 17 UMNO Sabah bagi DUN Pantai Manis Papar dan hampir 2,500 orang di DUN Liawan Keningau pada Ahad, memberikan gambaran semangat jentera parti itu kini berada dalam tahap kesiap siagaan yang tinggi untuk berdepan cabaran PRN Ke-17.

“Bukan sahaja di Papar dan Keningau, malah di beberapa program Gerak 17 UMNO Sabah yang telah pun kita laksanakan sambutannya diluar jangkaan dimana setakat ini sudah 14 kawasan DUN sudah kita lancarkan dan lebih 20 kawasan DUN lagi akan kita lancarkan selepas ini dan dijangka berakhir sebelum penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarlan program Gerak 17 UMNO Sabah bagi kawasan DUN Pantai Manis di dewan Datuk Salleh Sulung pada Ahad.

Menurut Bung dengan semangat jitu penyokong BN yang hadir pada program kali ini m, Parlimen Papar yang diwakili BN/UMNO sebelum ini perlu “diambil semula” dalam PRN aka datang setelah mereka yang diberikan peluang atas tiket BN sebelum ini mengkhianti perjuangan UMNO/BN dan sokongan rakyat di kawasan tersebut.

“Tidak setakat itu pengorbanan kita (UMNO/BN) baik semasa menghadapi PRU ke 15 dan PRN Ke-16 menyokong calon lain atas prinsip gabungan tidak dihormati dihargai malah turut dinafikan sumbangan besar BN./UMNO kepada pembentukan kerajaan negeri selepas PRN Ke -16,” katanya.

Justeru kata Bung PRN Ke-17 rakyat khususnya di kawasan Parlimen Papar yang melibatkan Dun Kawang dan Pantai Manis perlu bersatu untuk menolak sebuah kerajaan yang gagal membawa kestabilan politik dan pembangunan untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

Dalam pada itu Bung yang juga Ketua Umno Sabah turut menekankan semangat yang ditunjukan ini perlu disertai dengan strategi dan pendekatan yang efisin dan tersusun rapi bagi memberikan keyakinan kepada rakyat untuk memilih BN sebagai pilihan utama dalam PRN akan datang.

“Dengan semangat yang ditunjukan oleh ahli dan jentera UMNO/BN ,pendekatan serta kesiap siagaan seluruh jentera parti bahagian, Wanita, pemuda, puteri cawangan-cawangan dan di setiap PDM saya yakin rakyat akan menerima dan menyokong perjuangan BN dalam PRN kali ini,” katanya.

Tambah Bung tujuan program Gerak 17 Umno Sabah adalah untuk meninjau dan mengingatkan agar jentera jentera UMNO/BN di peringkat akar umbi agar memperkemaskan kini seluruh jentera yang ada.

“Dari gerak kerja dalam Gerak 17 Umno Sabah yang telah kita laksanakan peluang dan penerimaan rakyat kepada BN/Umno amat positif bagimanapun sebagai mana yang saya tekankan pendekatan serta strategi yang tepat amat penting untuk mencapai kejayaan,” tambah Bung.

Sementara itu, ketika Pelancaran Gerak 17 Umno Sabah bagi DUN Liawan Keningau, Ketua Bahagian Umno Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata, kehadiran rakyat di kawasan Liawan ke program tersebut masih kukuh dan kebanyakannya masih merindui zaman pemerintahan BN di negeri ini yang mereka sifatkan lebih baik dari sekarang.

Nik Mohd Nadzri berkata DUN Liawan sebelum ini merupakan kerusi tradisi BN/UMNO tapi kalah PRU ke 14 .

“Pada PRN Ke-16 kita pinjamkan kerusi DUN Liawan (beri laluan) kepada Perikatan Nasional (PN) atas semangat kerjasama, bagaimanapun laluan serta kerjasama yang diberikan oleh BN akhirnya tidak dihargai dan dinafikan,” katanya.

Sehubungan itu, Nik Mohd Nadzri berlkata, BN/UMNO khususnya di kawasan Keningau pada PRN Ke-17 akan datang bertekad untuk merampas semula kerusi DUN Liawan itu.

“Jika kita tidak melakukan perubahan,dari sebuah kerajaan yang gagal, kita akan terus dihimpit dengan pelbagai isu, terutamanya isu pembangunan insfrastruktur asas, kemiskinan, pengangguran dan sebagainya yang sehingga ke hari ini gagal ditangani oleh pihak berkenaan,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin, Ketua Umno Papar Datuk Jamal Nerubi, Timbalan Ketua Umno Papar yang juga Adun Pantai Manis Tamin Zainal dan Ketua Wanita Umno Sabah Senator Datuk Noraini Idris

Related Articles

253FansLike

Latest Articles