Suhaimi cadang muktamadkan pengembalian 40 % hasil kepada Sabah

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir mencadangkan untuk dibincang dan dimuktamadkan dengan segera berhubung isu berkaitan pengembalian 40% hasil yang telah dikutip oleh Kerajaan Pusat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Advertisements

“Pengembalian hasil 40% tersebut juga adalah merangkumi dengan tuntutan bayaran tunggakan, bayaran semasa dan bayaran akan datang.

“Saya berharap agar Kerajaan melalui platform yang sedia ada dapat menimbangkan cadangan untuk melantik pentakrif bebas bagi mengenalpasti jumlah tepat dalam pengiraan tuntutan 40% tersebut,” ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau berkata asas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 adalah bagi menjamin keselamatan rakyat, kestabilan politik, sosial dan pemangkin ekonomi.

“Bagi tujuan pembentukan Malaysia juga, telah dipersetujui bahawa Sabah dan Sarawak diberikan taraf yang sama seperti Persekutuan Tanah Melayu di dalam Pembentukan Malaysia iaitu “Equal Partners” berdasarkan Perkara 1, Klausa (2), Perlembagaan Malaysia Tahun 1963.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan kerana telah berjaya menyelesaikan 7 tuntutan di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Antara yang telah berjaya diselesaikan adalah menjadikan JKR Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik, menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas, pindaan Akta LHDN dalam melantik wakil Kerajaan daripada Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN,” katanya.

Suhaimi berkata di bawah Platform Rundingan Perjanjian Malaysia 1963, masih terdapat beberapa perkara yang perlu dirundingkan untuk dimuktamadkan dalam memenuhi Perjanjian MA63.

“Antara perkara yang ingin saya cadangkan untuk dibincang dan dimuktamadkan dengan segera adalah isu berkaitan pengembalian 40% hasil yang telah dikutip oleh Kerajaan Pusat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Pengembalian hasil 40% tersebut juga adalah merangkumi dengan tuntutan bayaran tunggakan, bayaran semasa dan bayaran akan datang.

Beliau berharap agar Kerajaan melalui platform yang sedia ada dapat menimbangkan cadangan untuk melantik pentakrif bebas bagi mengenalpasti jumlah tepat dalam pengiraan tuntutan 40% tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles