KOTA KINABALU: Seperti tahun-tahun sebelumnya,sudah tentu rakyat Sabah mengharapkan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membawa khabar gembira untuk rakyat di negeri ini.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkeyakinan Kerajaan Pusat dibawah kepimpinan Perdana Menteri dapat menyelami hasrat rakyat Sabah yang mahukan lebih banyak peruntukan disalurkan untuk pembangunan negeri ini menerusi Belanjawan kali ini.
Menurut beliau sudah tentu aspirasi rakyat Sabah ini didorong dengan keinginan yang tinggi bagi melihat kemajuan dan kemakmuran dapat dikongsi dan dirasai bersama seganding dengan kemajuan yang ada di lain-lain negeri.
“Harapan kita (rakyat Sabah) Bajet 2025 kali diagihkan dengan cukup bagi memastikan pembangunan mampan dan seimbang khususnya di luar bandar di negeri ini akan dapat dipertingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata demikian ketika ditanya mengenai harapan beliau dan rakyat Sabah terhadap Belanjawan 2025.
Menurut Bung harapan bagi Sabah dapat meraih peruntukan yang lebih tinggi dalam Bejet 2025 berbanding yang diterima dalam Bajet 20204 sebanyak RM.6.6 bilion berdasarkan kepada keperluan mendesak terutamanya dalam membangunkan insfrastruktur dan kemudahan asas seperti jalanraya, perparitan, telekomunikasi bekalan air dan elektrik di negeri ini yang agak kritikal ketika ini.
“Seperti yang diketahui umum ,Isu-isu insfrastruktur asas jalanraya, bekalan air,elektrik merupakan isu kritikal yang menghantuai kehidupan rakyat Sabah hampir di seluruh daerah. Kerajaan negeri masalh gagal menanganginya walaupun diuar-uarkan kerajaan mempunyai rizab simpanan melebihi RM6.78 bilion namun belum ada penyelasaian tuntas bagi mengatasi masalah ini.
“,justeru harapan kita, melalui peruntukan yang besar dalam Bajet 2025 kali ini, kita berharap ianya dapat membantu mempercepatkan tindakan menyelasaikanya keperluan insfrastruktur asas demi keselesaan rakyat,” katanya.
Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berkata dengan peruntukan kewangan yang mencukupi akan dapat membantu kerajaan khususnya Kementerian atau jabatan yang terlibat melaksanakan langkah-langkah proaktif membangunkan kawasan luar bandar yang sekali gus boleh memanfaatkan potensi ekonomi rakyat.
“Kesemuanya bertujuan meningkatkan kualiti rakyat kita dan pada masa yang sama menarik pelaburan lebih tinggi,” katanya
Dalam pada itu Bung juga berharap Bajet 2025 kali ini dapat menyediakan peruntukan yang tinggi dalam sektor pendidikan, dimana Sabah amat memerlukannya untuk membina atau menaik taraf sekolah sekolah daif khususnya di luar bandar disamping meningkatkan kemudahan asas bagi mempastikan guru-guru dan para pelajar dapat menikmati kemudahan yang lebih kondusif dan ini sudah tentu dapat memberikan anjakan bagi pencapaian cemerlang dalam bidang akademik.
Turut menjadi harapan dalam Bajet 2025 kali ini kerajaan dapat memberikan keutamaan kepada kediaman rakyat bagi projek penyediaan Rumah Mampu Milik dan Mesra Rakyat atau projek Projek Perumahan Rakyat (PPR) dimana ianya merupakan keperluan utama rakyat di negeri ini khususnya bagi golongan B40 .
“ Harga rumah di Sabah begitu tinggi justeru dengan adanya projek-projek perumahan sepeti Rumpah Mampu Milik projek PPR akan dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri” katanya.
Dalam perkembangan yang sama Bung berkata sejumlah mana pun peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2025 ini apa yang penting ialah memperbiki sistem penyampaian dan jaminan bajet yang diperuntukan dapat dibelanjakan sepenuhnya dan mencapai sasaran.
“Jabatan atau agensi kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan perlu mempermudahkan segala urusan mengurangkan birokrasi, untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan.
Menurut Beliau , kerenah birokrasi menyebabkan proses berkaitan mengambil masa yang lama sehingga menyebabkan perlaksanaan projek tertangguh lama daripada masa yang ditetapkan malah peruntukan yang disediakan tidak dapat dimanafaatkan sepenuhnya pada tahun yang sama sehingga di bawa ke tahun hadapan yang membawa kerugian kepada rakyat.
“Kajian semula terhadap tatacara dan proses boleh dilakukan, undang-undang serta peraturan yang sudah tidak relevan boleh ditambah baik sejajar dengan keadaan semasa,” katanya.