Kg.Kiau dipilih Kampung Angkat MADANI, pelancaran pada 8 Disember – Ewon

KOTA BELUD: Kampung Kiau yang terletak di kaki Gunung Kinabalu dan terkenal sebagai antara destinasi pelancongan luar bandar dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Advertisements

Ewon berkata, pelancaran Kg.Kiau sebagai Kampung Angkat MADANI akan diadakan pada 8 Disember ini bersekali dengan perasmian Tamu Desa Kg.Kiau dan penyerahan geran PANTAS.

“Saya telah memilih kampung saya iaitu Kg.Kiau sebagai Kampung Angkat MADANI kerana menyedari masih banyak keperluan dan pembangunan yang diperlukan di sini.

“Saya berharap pemilihan kampung ini sebagai Kampung Angkat MADANI akan melengkapkan kemudahan sedia ada di Mukim Kiau seterusnya menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah dan keperluan penduduk kampung terutama berkaitan isu-isu pembangunan kampung.

“Kementerian saya akan menjadi peneraju pembangunan Kampung Kiau selaku kampung angkat saya.

“Pada majlis pelancaran itu nanti, saya bercadang untuk membawa agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan dan negeri bagi memudahkan penduduk kampung mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi dan jabatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Perayaan Moginakan Kiau 2024 di Dewan Serbaguna Kampung Kiau Nuluh dan perasmian Rumah Budaya Kiau, di sini, pada Sabtu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles