KOTA KINABALU: Perkasa Padu FC muncul juara Liga Bola sepak 9 sebelah BMU sempena Hari Malaysia 2024 yang diadakan di padang Ganang Kepayan, dekat sini pada Ahad.
MBR FC pula meraih gelaran naib juara manakala KDMR Junior dan Total X Inara
masing-masing menduduki tempat ketiga bersama.
Presiden BMU FC yang juga pengerusi penganjur Ninewjo Newmond berkata program itu, antara lain, bertujuan mengeratkan ikatan silaturahim dikalangan para pemain yang menyertai pertandingan liga bolasepak itu.
Selain itu, beliau berkata pertandingan tersebut diharap dapat membantu mencungkil dan mengasah bakat pemain yang boleh diketengahkan ke peringka yang lebih tinggi.
Liga bolasepak 9 sebelah itu merupakan anjuran bersama kelab bola sepak BMU Kota Kinabalu,Avantang Enterprise dan Rupy Enterprise.
Ninewjo berkata sebanyak 24 pasukan lelaki, termasuk dari daerah Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Beaufort dan Kota Kinabalu menyertai liga bolasepak itu.