Golongan belia perlu libatkan diri jayakan agenda pembangunan negara – Jeffery Nor

PUTATAN: Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata, golongan belia merupakan penyambung warisan kepimpinan negara, kerana itu mereka perlu terlibat secara langsung dan aktif dalam urusan dan agenda pembangunan negara.

Beliau berkata, sebagai pemimpin pelapis golongan belia perlu melangkapkan diri dengan ilmu pengetuhan, kemahiran selain memiliki nilai moral, akhlak dan peribadi yang unggul berlandsakan nilai murni.

“Ciri-ciri ini amat penting bagi golongan belia yang menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan dan dalam peringkat awal golongan belia perlu terlibat secara aktif dalam urusan dan agenda pembangunan negara sama ada melalui NGO atau komuniti setempat” katanya ketika berucap di majlis Ramah Belia dan Beliawanis di kampung Tebungon dekat sini baru-baru ini.

Jeffery berkata, selaras dengan pengiktaran kepada golongan belia untuk terlibat secara langsung dalam agenda pembanguna negara, kerajaan telah memutuskan pelaksanaan Undi 18 pada Feb 2022 dan Pilihanraya Negeri Johor Mac 2022 buat pertama kalinya pengundi muda 18 diberikan peluang menjadi pengundi dalam sistem demokrasi negara.

“Sudah tentu pelaksanaan Undi 18 secara langsung meningkatkan peranan dan tanggunjawab gererasi muda untuk mengubah landskap politik negara,” katanya.

Sehubungan itu , Jeffery yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya Umno Sabah berharap golongan belia dapat memanfaatkan peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat dan negara demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat berpanjangan.

“Dalam konteks ini, Umno/BN telahpun melakukan refomasi bagi memberikan peluang kepada golongan muda bukan sahaja menjadi pemilih malah diangkat sebagai calon pilihanraya yang terkini PRK Nenggiri Kelantan dan PRK DUN Mahkota Johor dengan mengangkat calon muda sebagai calon BN,” katanya.

Menurut Jeffery langkah BN itu juga mempamerkan persepsi bahawa parti itu mengiktiraf golongan muda dan sudah semestinya mengangkat suara mereka ke peringkat yang lebih tinggi yang memahami kehendak serta keperluan golongan muda.

Jeffery juga turut mengingatkan golongan muda khususnya mereka yang sudah mencapai umur 18 tahun agar menggunakan hak mereka untuk mengundi menjelang PRN ke-17 akan datang

Katanya golongan belia perlu bijak dan matang memilih kerajaan jangan terpedaya dengan helah politik yang hanya untuk kepentingan diri dan mengabaikan kepentingan dan Kebajikan kaum belia.

“Banyak isu-isu yang dihadapi oleh golongan belia di negeri ini, antaranya peluang-peluang pekerjaan yang gagal disediakan oleh kerajaan negeri, memaksa kaum belia terpaksa berhijrah ke lain-lain negeri terutama di Semenanjung Malaysia untuk mencari pekerjaan,” katanya.

Menurut Jeffery Isu-isu itu adalah antara isu utama yang menjadi fokas Umno/BN dan sekiranya diberikan peluang untuk menerajui kerajaan negeri pada PRN-17 akan datang agenda untuk memperkasakan golongan belia dalam pelbagai bidang pendidikan, kemahiran,ekonomi dan sebagainya merupakan agenda utama Umno/BN.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles