Gagasan Rakyat Tambunan pastikan calon GRS menang besar dalam PRN akan datang



TAMBUNAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gsgasan Rakyat) Tambunan memberi komitmen akan bekerja kuat dalam memastikan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang besar dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
“Ini adalah matlamat penubuhan Gsgasan Rakyat di Tambunan iaitu untuk mengukuhkan kedudukan GRS di kawasan ini,” kata Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Dato’ Victor P. Paut.
Beliau sekali lagi menafikan tanggapan bahawa kemunculan parti itu di daerah ini mahu merampas atau mengambil alih kepimpinan Tambunan yang ada sekarang.
Katanya, sejak kemunculan dan tertubuhnya Gagasan Rakyat atau PGRS di Tambunan telah mengubah suasana politik yang amat ketara dimana parti itu menerima sambutan rakyat yang luar biasa.
“Keadaan ini telah merisaukan sesetengah pihak sehingga timbul berbagai-bagai persepsi kononnya PGRS boleh menimbulkan perpecahan dan menjejaskan keharmonian dikalangan parti-parti komponen di Tambunan.
Justeru, saya ingin menegaskan disini, selaku ketua bahagian Gagasan Rakyat Tambunan saya menafikan tanggapan ini kerana matlamat utama penubuhan parti ini di Tambunan adalah untuk membantu mengukuhkan kedudukan GRS Tambunan terutama sekali dalam menghadapi PRN ke 17 akan datang.
“Gagasan Rakyat mahu memastikan calon GRS menang besar dalam PRN akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Tambunan 2024, di Dewan Masyarakat Tambunan, disini pada Ahad.
Seramai 800 perwakilan termasuk tiga sayap parti itu, pergerakan pemuda, pergerakan wanita dan pergerakan beliawanis menghadiri mesyuarat itu.
Turut hadir Pengerusi Tetap Gagasan Rakyat Tambunan, David Awot; Rainus Adin (Timbalan Pengerusi Tetap), Mohd Yassin Mohd Yunus (Timbalan Ketua Bahagiaan), Datuk Hajah Amelia Anjun (Ketua Wanita), Mohd Hajjaz Iqbal Yusof (Setiausaha Bahagian), Ben Adner Basal (Naib Ketua Pemuda) dan Vianney Evana Vide (Ketua Beliawanis).
Sementara itu, Victor berkata, Gagasan Rakyat Tambunan ketika ini sudah menjangkau 9,000 keahlian selepas pelancaran `GELOMBANG MERAH’ baru-baru ini.
Katanya, jumlah keahlian ini jauh mengatasi ahli parti lain dalam parti komponen GRS Tambunan.
“Ini kerana sambutan dan sokongan rakyat terhadap Gagasan Rakyat Tambunan tidak henti-henti kerana hampir setiap hari ada sahaja rakyat Tambunan datang secara sukarela ke pejabat parti untuk mendapatkan borang permohonan ahli serta penubuhan cawangan baru.
Hari ini pun Gegasan Rakyat Tambunan turut meneima puluhan ahli baru, antaranya bekas ketua wanita PBRS Tambunan, Puan Nanti Koris dan penyokongnya. Ini jelas menunjukkan keterbukaan minat mereka untuk menyertai parti ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepimpinan Gagasan Rakyat Tambunan untuk mempergiatkan lagi gerakan penambahan ahli dan penambahan penubuhan cawangan.
Beliau turut menyeru pergerakan pemuda dan pergerakan beliawanis untuk meneroka program berkaitan belia seperti sukan dan sebagainya.
“Ini bertujuan untuk menarik minat golongan belia menyertai Gagasan Rakyat, kerana belia merupakan pewaris kepimpinan di masa hadapan,” katanya.
Bercakap kepada wartawan kemudian, VIictor berkata, penambahan jumlah rumah mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada 40 buah bagi setiap Dewan Undangan Negeri di Sabah pada tahun depan membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membela nasib rakyat di negeri ini.
Katanya, penambahan rumah mesra SMJ ini akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Sabah yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah, selaras dengan inisiatif Hala Tuju SMJ untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
“Pengumuman itu sudah pasti dialu-alukan oleh rakyat khusunya golongan miskin tegar.
“Saya dan kepimpinan Gagasan Rakyat Tambunan menyambut baik pengumuman ini dan berharap agensi yang dipertanggungjawab mengurus atau mengendalikan bantuan ini dapat menyalurkannya kepada rakyat yang yang benar-benar memerlukannya,” katanya.
Penambahan pembinaan rumah mesra SMJ daripada 20 buah sebelum ini kepada kepada 40 buah tahun depan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor semasa merasmikan mesyuarat tahunan Gagasan Rakyat Sindumin, pada Jumaat.
Beliau berkata, peningkatan jumlah pembinaan rumah mesra SMJ itu adalah bagi membolehkan lebih ramai golongan miskin tegar yang belum memiliki rumah mendapat bantuan itu.
Katanya, pelaksanaan inisiatif untuk manfaat rakyat itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan negeri pimpinannya dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles