SESB mulakan pembinaan BESS terbesar di Asia Tenggara

KOTA KINABALU: Dalam usaha yang berterusan untuk meningkatkan kapasiti penjanaan Grid Sabah, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan membangunkan infrastruktur Battery Energy Storage System (BESS) berkapasiti 100 Megawatt (MW) dan simpanan tenaga sebanyak 400 MWj di Lahad Datu.

Advertisements

SESB telah menerima Letter of Notification (LoN) daripada Energy Commission of Sabah (ECoS) bagi projek BESS 100MW/400MWj yang akan dibangunkan di Pantai Timur Sabah.

Kepercayaan yang diberi oleh pihak ECoS dan Kerajaan Negeri Sabah kepada SESB untuk melaksanakan projek BESS ini akan digalas dengan penuh tanggungjawab dan sepenuh usaha bagi memastikan projek ini berjaya ditenagakan mengikut tempoh yang disasarkan.

Dengan keupayaan maksima kapasiti simpanan tenaga sebanyak 400MWj, projek ini bakal menjadi sistem BESS terbesar di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir.Ts. Mohd Yaakob Hj. Jaafar berkata projek itu kelak akan meningkatkan kapasiti rizab margin Grid Sabah pada masa puncak serta menyokong penambahan kapasiti sumber tenaga solar iaitu Large Scale Solar (LSS).

Beliau berkata projek tersebut akan bermula pada September tahun ini dan dijadualkan siap pada 30 Jun 2025.

Pada minggu lepas, Mohd Yaakob telah mengadakan lawatan ke Pencawang Masuk Utama (PMU) Dam Road, Lahad Datu bagi meninjau projek menaiktaraf PMU Dam Road kepada voltan 275kV yang mana pencawang ini akan menjadi titik suntikan kepada BESS tersebut.

“Projek ini akan dapat meningkatkan kestabilan kapasiti penjanaan di Grid Sabah, disamping menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan meningkatkan potensi kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui”, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles