Wanita USIA perlu pelbagai program ekonomi – Siti Aminah

SEMPORNA : Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) digesa agar mempelbagai program ,selain program-program dakwah dan keagamaan yang menjadi keutamaan pertubuhan tersebut,

Ketua Wanita (USIA) Sabah Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, dalam perkembangan dunia yang semakin mencabar terutamanya dalam bidang ekonomi golongan Wanita perlu lebih proaktif melaksanakan pelbagai program bukan sahaja anjuran agensi kerajaan, tetapi melibatkan program yang dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuklah Wanita (USIA)

“Selain program-program dakwah yang menjadi keutamaan Wanita (USIA), kita juga perlu mempelbagai program yang melibatkan penyertaan Wanita khususnya suri-suri rumah terutamanya dalam bidang perniagaan seperti menganjurkan program-program kemahiran sama ada untuk jangka pandek atau penjang seperti dalam bidang jahitan,kraftangan, makanan dan sebagainya” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program Jelajah Ramah Mesra Wanita USIA Pusat bersama Wanita (USIA) bahagian Semporna dekat sini kemarin.

Menurut Siti Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO usaha ini boleh dilaksanakan oleh Wanita USIA di semua bahagian dengan menjalin kerjasama atau secara berkolabarasi bersama jabatan atau agensi kerajaan yang berkaitan antara KEMAS yang banyak melaksanakan program program kemahiran khusus untuk golongan Wanita.

“Kita ingin melihat golongan Wanita bukan sahaja sebagai pengerak program dakwah namun dalam masa yang sama mereka juga berpeluang meningkatkan taraf siso ekonomi melalui penglibatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan,” katanya.

Siti Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort menambah berkata penglibatan golongan wanita dalam pelbagai program mampu menyemarakkan hubungan kemasyarakatan yang terjalin antara mereka dan komuniti setempat.

“Wanita mempunyai aura tersendiri dalam setiap program yang disertai sehingga membawa kepada kejayaan sesuatu program yang dianjurkan,” katanya.

Turut hadir Naib Ketua Wanita (USIA) Pusat yang juga Ketua Wanita Usia bahagian Semporna Datin Seri Hajah Rokiah Badar,Bendahari Wanita USIA Datin Laila Wahab dan Setiausaha Wanita Hajah Rubiah Nordin

Related Articles

253FansLike

Latest Articles