Anwar cuba lakukan terbaik untuk Sabah, kata aktivis sosial sambil berharap tuntutan 40% diselesaikan tidak lama lagi

KOTA KINABALU: Kerajaan Perpaduan Persekutuan, yang diterajui Perdana Menteri Malaysia ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini berusia satu tahun lapan bulan.

Advertisements

Benarkan Anwar tidak melakukan apa-apa untuk kesejahteraan rakyat di Sabah setakat ini?

Tanpa menyentuh rundingan berterusan mencari formula terbaik untuk menyelesaikan tuntutan 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip di Sabah, seperti yang termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri nampaknya sudah mengorak langkah kanan untuk memenuhi aspirasi rakyat Sabah.

Dan yang terbaharu, pelantikan dua ketua setiausaha kementerlan dari Sabah merupakan testimoni kesungguhan kerajaan Perpaduan mengangkat martabat negeri dibawah bayu sejak ia menyertai Malaysia pada 1963.

Berita baik untuk rakyat Sabah itu menyaksikan Datuk Awang Alik Jeman dari Kota Belud dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), mengambil alih tugas Datuk Ruji Ubi, juga anak tempatan dari Tawau, yang kini akan mengemudi Kementerian Pendidikan.

Aktivis sosial Salman Nurillah menyifatkan pelantikan itu sebagai satu lagi catatan sejarah bagi Sabah.

“Dalam ingatan saya, sudah lebih 50 tahun tidak ada Ketua Setiausaha Kementerian dari Sabah sehingga pelantikan Datuk Mohammaf Mentek yang kini bersara sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, diikuti Datuk Ruji Ubi dan kini Datuk Awang. Alik—semua dilantik semasa Anwar menjadi Perdana Menteri atau kerajaan perpaduan memerintah.

“Sebagai rakyat Sabah, kita seharusnya bangga dan menghargai PMX kerana berani melaksanakan pembaharuan yang mencerminkan semangat MA63, termasuk dalam sektor perkhidmatan awam, dan ini tidak termasuk inisiatif lain seperti subsidi diesel dan insentif getah,” katanya.

Selain itu, Salman berkata sebelum ini Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan peruntukan Bajet 2024 untuk pembangunan Sabah kepada RM6.6 bilion.

“Pemberian dana sebesar ini juga tidak pernah dinikmati oleh kerajaan Sabah sebelum ini,” katanya.

Katanya Kerajaan Perpaduan Persekutuan turut menurunkan kuasa kepada agensi teknikal di Sabah dan juga Sarawak untuk mengurus dan meluluskan projek pembangunan bernilai di bawah RM50 juta bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek.

Salman juga berkata Kerajaan Perpaduan telah menaikkan geran khas sementara untuk Sabah kepada RM300 juta, meningkat daripada RM125.6 juta sebelumnya.

Jumlah ini tidak meliputi pemindahan kuasa SESB kepada kerajaan Sabah, termasuk RM40 juta untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan, khususnya kuarters kakitangan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di Lahad Datu, dan RM320 juta untuk menangani kekurangan isu bekalan air di Sabah.

Tambahan pula, Salman berkata Perdana Menteri telah menugaskan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof untuk menangani isu tertunggak berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Walaupun isu-isu ini belum diselesaikan sepenuhnya, usaha berterusan sedang dibuat untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan Perpaduan.

Untuk rekod, Kerajaan Sabah telah mengemukakan permohonan rasmi untuk tuntutan 40 peratus tersebut pada 18 Jun 2024.

Salman percaya perdana menteri dan kerajaan Perpaduan boleh melakukan sesuatu yang terbaik untuk Sabah, sekali gus memenuhi harapan lebih tiga juta penduduk Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles