Kemenangan di Dun Nenggiri amat signifikan petanda kebangkitan semula BN – Bung Moktar

Oleh Abd Jaafar Wahid

KOTA KINABALU:: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Panglima Bung Moktar Radin berkata, kemenangan calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani membawa signifikannya tersendiri dalam membawa kebangkitan semula BN di negara ini khususnya di Kelantan.

Katanya ini kerana negeri itu sinonim dengan kekuatan PAS dan kemenangan ini bakal menjulang kembali BN ke persada politik tanah air.

“Pilihan raya ini bukan satu pilihan raya biasa kerana Kelantan seperti diketahui kubu kuat PAS ,namun kebangkitan rakyat mula ditunjukan dalam PRK Dun Nenggiri kali ini yang memberikan masej untuk bangkit melakukan perubahan 0terutamanya dari aspek pembangunan yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan khususnya di kawasan Nenggiri.

“ Dari kemenangan PRK DUN Nenggiri ini kita perlu istiqamah tidak perlu bermegah tapi seharusnya berazam dan kerja keras secara bijaksana bahawa mandat baharu rakyat bukan sahaja di Dun Nenggiri malah di seluruh negeri qmesti diterjemahkan dengan kerja keras kita untuk terus memperkasakan dan merakyatkan parti BN/ Umno” katanya ketika diminta mengulas kemenangan calon BN Dun Nenggiri Mohd Azmawi Fikri dalam prk kali ini.

Terdahulu, Mohd Azmawi menewaskan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail dengan memperoleh 9,112 undi berbanding PAS 5,741 undi sekali gus BN meraih majoriti 3,372 undi.

Bung yang juga Ketua Umno Sabah berada di Nenggiri selama dua minggu bagi mengetuai jentera BN/ Umno Sabah yang turut disertai oleh beberapa orang Ketua Umno Bahagian Sabah membantu berkempen untuk calon BN Mohd Azmawi Fikri .

Mengulas lanjut kemenangan BN dalam PRK Nenggiri ini ,Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata ,kemenangan BN dalam PRK kali ini turut memberikan pengajaran serta pengalaman kepada UMNO/BN Sabah yang bakal berhadapan dengan PRN Ke-17 akan datang.

” Ya ada pengalaman untuk kita perolehi dari gerak kerja kempen serta isu isu domestik terutamanya dalam isu pembangunan insfrasatruktur di kawasan ini yang tidak jauh bezanya dengan keadaan pembangunan di Sabah yang akan kita aplikasikan dalam gerak kerja kempen BN pada PRN akan datang,” lo katanya.

Menurut beliau rakyat Kelantan khususnya di Dun Nenggiri telah menolak PAS kerana kegagalan kerajaan negeri membangunkan negeri khususnya di DUN Nenggiri terutamanya dari aspek penyediaan insfaratuktur asas ,mempertingkatkan ekonomi rakyat dan sebagainya dan keadaan ini tidak jauh berbeza sebagaimana yang dirasakan oleh rakyat Sabah ketika ini ekoran kegagalan kerajaan negeri yang gagal merealisasikan slogan “Sabah Maju Jaya” walaupun telah mentadbir negeri Sabah lebih dari 4 tahun

” Tidak mustahil rakyat Sabah akan melakukan sesuatu perubahan sebagaimana yang berlaku di DUN Nenggiri ini, kemenangan ini akan memberikan anjakan paradigma kepada ahli ahli Umnoa/BN khususnya di Sabah untuk bangkit membela rakyat setelah dinafikan serta ditikam dari belakang walaupun telah memberikan sumbangan terbesar dalam pembentukan kerajaan negeri selepas PRN 17 KE-16 lepas,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles