Kemenangan BN di PRK Dun Nenggiri petunjuk kebangkitan rakyat – Salleh

KOTA KiNABALU: Bekas Bendahari Agung UMMO Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di PRK Dun Nenggiri sebagai petunjuk kebangkitan semula rakyat yang menyokong parti itu, khususnya dalam kalangan penduduk Melayu.

Beliau yang juga Adun Usukan berkata kemenangan di Dun Nenggiri itu juga menandakan taktik dan usaha BN untuk berinteraksi semula dengan asas pengundi tradisionalnya membuahkan hasil yang positif.

“Keputusan pilihan raya ini membayangkan bahawa BN secara berkesan mengembalikan kehadirannya dan berpotensi menjadi petanda baik untuk prospek parti di kawasan lain,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata ini menunjukkan bahawa mesej dan strategi BN menarik perhatian, dan mungkin menandakan kebangkitan semula momentum untuk parti pada skala nasional.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles