SANDAKAN: Umno Sabah sebenarnya masih kuat dan kukuh namun oleh kerana tindakan sebilangan pemimpin Umno yang tidak memiliki prinsip dan kesetiaan dalam perjuangan dengan melompat menyertai parti lain menyebabkan Umno Sabah hampir lumpuh.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 ketika Umno/BN mengalami kekalahan di seluruh negara Umno/BN di Sabah tidak kalah, Umno Sabah kalah kerana adanya budaya lompat parti di kalangan beberapa pemimpin Umno Sabah yang lebih memikirkan kepentingan peribadi menyebabkan Umno/BN hampir tersungkur di Sabah
“Mujurlah kita masih memiliki pemimpin yang berprinsip dan setia kepada perjuangan yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin bersama beberapa rakan-rakanya yang lain yang berusaha dan bersedia menghadapi cabaran serta dugaan untuk memulihkan imej Umno yang menfafikan usaha beberapa pihak yang ingin mentalkinkan Umno di Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kinabatangan di dewan SMJK Tiong Hua dekat sini pada ahad.
Hadir sama Ketua Umno bahagian Kinabatangan Datuk Seri Pangima Bung Moktar Radin, Timbalan Ketua Umno bahagian Kinabatangan Datuk Jafry Arifin dan wakil Umno Sabah Datuk Suhaimi Haji Nasir.
Menurut Johari yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1990 bukan kerana suka-suka ini kerana adanya permintaan dari kalangan pemimpin parti tempatan yang mahukan Umno bertapak di Sabah untuk menstabilkan politik di negeri ini.
“ Sabah adalah sebahagian dari Malaysia memerlukan kestabilan politik ,Umno datang ke Sabah untuk sama-sama bekerjasama bersama rakyat Sabah untuk mengwujudkan kekuatan politik,bagi membolehkan Sabah mampu dibangunkan, ” katanya.
Menurut Johari sebaik sahaja Umno bertapak di Sabah dan menjadi peneraju kerajaan negeri kepesatan pembangunan jauh lebih ketara dari sebelumnya.
Dalam perkembangan yang sama Johari juga turut menjelaskan kenapa Umno tidak mengembangkan sayapnya ke Sarawak dimana menurut beliau pemimpin-pemimpin pribumi di Sarawak dapat mengwujudkan kestabilan politik .
“Pemimpin-pemimpin parti pribumi di Sarawak dapat mengendalikan pentabdiran Sarawak. Dengan kestabilan politik yang ada menyebabkan mereka dapat merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang meletakkan Sarawak antara negeri yang termaju di negara ini,” katanya.
Sehubungan itu ,Johari berkata, jika rakyat Sabah mengharapkan kestabilan politik serta kemajuan ,Umno telah terbukti dapat dapat merubah landskap kestabilan politik dan kemajuan di negeri itu sebelum ini.
“Justeru pada PRN ke-17 akan datang bagi mengwujudkan kestabilan politik serta perubahan pembangunan yang lebih mampan rakyat perlu memberikan sokongan kepada Umno/BN bagi membolehkan segala perancangan serta pelaksanaan projek pembangunan demi kebaikan rakyat Sabah dapat diteruskan, ” katanya.