Ewon sampaikan sumbangan RM175,000 kepada empat badan JKKK, gereja dan sekolah DUN Kadamaian

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sejumlah RM175,000 kepada empat badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), gereja dan sekolah di kawasan DUN Kadamaian.

Advertisements

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, peruntukan itu adalah daripada peruntukan khas menteri untuk pembangunan kampung.

Daripada jumlah keseluruhan sumbangan itu badan JKKK Kg. Taginambur, JKKK Kg.Tengkurus dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tambulion masing-masing menerima sebanyak RMR50,000 dan Gereja SDA Rangalau menerima sebanyak RM25,000.

“Dalam kunjungan dan lawatan saya ke Kg. Taginambur, Kg.Tengkurus, Kg.Rangalau dan SMK Tambulion, baru-baru ini, mereka mengemukakan pelbagai permohonan di kawasan masing-masing.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, menjadi tanggungjawab saya mencari jalan penyelesaian masalah dan menyediakan keperluan yang diperlukan masyarakat Kadamaian.

“Pada hari ini, saya sampaikan sejumlah peruntukan untuk menyelesaikan keperluan yang diperlukan oleh penduduk kampung berkenaan,” katanya.

Wakil SMK Tambulion Maseh Minsin merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon atas sumbangan sebanyak RM50,000 kepada PIBG SKM Tambulion.

“Sumbangan kewangan ini kami gunakan untuk mengurus keperluan dewan sekolah. Saya berharap ddngan bantuan ini, dewan kami akan mempunyai kelengkapan selesa untuk kegunaan semua warga sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ewon menyampaikan sumbangan sejumlah RM90,030 daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) untuk melaksanakan program-program pendidikan di kawasan Kadamaian.

Penerima sumbangan itu ialah Majlis Guru Besar Zon Selatan Kota Belud, SK Melangkap, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah daerah Kadamaian dan Gabungan Kelab-Kelab Belia Daerah Kota Belud.

Majlis ringkas penyerahan sumbangan itu yang dihadiri oleh Pengerusi YBR Datuk Philip Lasimbang dan Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani, diadakan di Pusat Khidmat Adun Kadamaian.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berharap sumbangan itu dapat membantu menjayakan program-program yang telah dirancang oleh persatuan dan sekolah berkenaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles