KOTA KINABALU: Hari Keluarga dan sukaneka empat penjuru futsal sesama ahli BMU fc, anjuran kelab bola sepak BMU Kota Kinabalu baru-baru ini disambut meriah.
Sebanyak empat pasukan lelaki terdiri pasukan BMU Utara, BMU selatan, BMU barat dan BMU Timur menyertai liga itu yang diadakan di BSA Kolombong.
Acara santai serta penyampaian hadiah pula di Onsoi Cafe Inanam.
Presiden BMU FC yang juga pelaksana program Ninewjo Newmond berkata program itu bertujuan mengeratkan ikatan silaturrahim antara kalangan ahli BMU fc dan membantu mencungkil serta mengasah bakat bagi mereka yang menyertainya.
Pengerusi penganjur yang juga
Ketua aktiviti luar BMU FC Rayner Silak yang bertungkus lumus mengatur program itu amat menghargai kehadiran semua ahli BMU fc.