Kecoh lantikan jawatankuasa adat DUN Lamag PBS tidak puas hati

KINABATANGAN: Suasana majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Adat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag yang berlangsung di Dewan Sri Milian hari ini ,bertukar menjadi kecoh apabila sebahagian dari pemimpin parti gabungan GRS tidak berpuas hati dengan agihan jawatan yang diperuntukan.

Advertisements

Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) bahagian Lamag Haji Latip Taha yang naik ke atas pentas ketika Ketua Bahagian GRS Lamag Abu Bakar Gapar mengumumkan pelantikan tersebut ternyata tidak berpuas hati dengan agihan jawatan jawatan Ketua Adat yang beliau sifatkan lebih dimonopoli oleh GRS ,sedangkan badan gabungan dalam PGRS lain termasuk PBS mendapat lantikan yang kecil.

Menurut Haji Latip sebelum ini sudah wujud kesepakatan antara beliau sebagai Ketua Bahagian PBS bersama Pemimpin Pembangunan Mayarakat (PPM) Lamag Nizam Johari agar lantikan bagi Ketua-Ketua Adat di kawasan tersebut dibuat secara adil dan telus mengikut kedudukan parti gabungan dalam PGRS di kawasan tersebut.

“ Kita (PBS) hari ini berasa kecewa apabila lantikan yang diumumkan oleh Ketua Bahagian GRS Lamag Abu Bakar Gapar yang lebih memihak kepada GRS dimana perkara ini tidak dibincangkan di meja bulat sebelum sebarang keputusan dibuat,” dakwa Haji Latip.

Majlis yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasneh yang turut dihadiri oleh Pengarah UPPM Datuk Awang Kadin Tang itu akhirnya menjadi kecoh.

Tambah Haji Latip adalah tidak adil bagi PBS di kawasan tersebut yang merupakan antara parti kompenan terbesar dalam PGRS di kawasan tersebut hanya menerima beberapa orang (ekor) lantikan berbading GRS yang lebih memonopoli lantikan malah menurut beliau parti STAR lebih beruntung kerana menerima 5 pelantikan untuk jawatan Ketua-Ketua Adat di kawasan tersebut.

“Kita kecewa nama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Datuk Seri Panglima Hajiji Noor selalu disalahgunakan dimana isu pelantikan tersebut dikaitkan dengan arahan beliau” katanya.

Tambah Haji Latip perlu diingat GRS Lamag tidak akan mampu menguasi kerusi di kawasan tersebut pada PRN akan datang tanpa adanya sokongan dari PBS dan STAR justeru dalam isu pelantikan Ketua Adat di kawasan tersebut ianya perlu dilihat dan dinilai dari komposisi parti dalam gabungan PGRS bukanya dimanopoli satu pihak sahaja.

Sehubungan itu, Haji Latip meminta agar Isnin dan Awang Kadin yang hadir di majlis tersebut dapat menyampaikan isu tersebut kepada Ketua Menteri agar keadilan dari segi pelantikan jawatan Ketua-Ketua Adat dibuat secara adil dan saksama ,

“Isu serta laporan perkara ini perlu dibawa kepengetahuan Ketua Menteri agar mendapat gambaran yang sebenarnya berbanding dengan laporan kepimpinan GRS di sini semuanya baik hanya untuk kepentingan peribadi mereka” jelas Haji Latip.

Bagi sesetengah pemerhati politik kejadian seperti ini memberikan gambaran budaya kronisme masih berlaku dalam parti GRS bermula dari pihak atasan sehinggalah ke peringkat bawahan dimana budaya ini akan menjadi hambatan untuk parti tersebut mudah dipercayai oleh rakyat dan menjadi halangan bagi GRS untuk mencapai kejayaan dalam PRN akan datang.

“Ini baru peringkat agihan jawatan Ketua Adat di peringkat akar umbi, yang turut berlaku dalam kepimpinan kerajaan hari ini yang mengamalkan budaya kronisme ,belum lagi di peringkat pemilihan kawasan dan calon pada PRN akan datang sudah berlaku perbelahan justeru rakyat perlu melihat budaya negetif ini sebelum memberikan sokongan kepada GRS” ulas pemerhati politik yang enggan Namanya disebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles